Kenapa anak sulung lebih mendapat layanan dari adik beradik yang lain ya? Iya lah, mereka yang menjadi penghuni pertama dari rahim si ibu. Sayangnya si ibu dan si bapa lebih dari segalanya. Tapi ada beberapa kriteria si sulung yang mungkin tiada pada adik-adik yang lain.
Kriteria mereka mungkin ada yang sama dengan anak-anak anda? 1) Lebih Penyayang Mereka kerap mencium-cium anda lebih dari adik-adik yang lain. Kadang-kadang kita pun naik rimas. 2) Sifat Bertanggungjawab Sifat semulajadi ini hadir selepas mereka mempunyai adik. Anak sulung akan tersentuh jika ada adik-adik mereka dibuli atau dilukai oleh orang lain. 3) Pandai Memujuk Kalau ada adik-adik yang merajuk atau ibu baru nak marah,cepat-cepat datang pujuk atau redakan keadaan. 4) Periang Ada sahaja aktiviti mereka yang mendorong adik-adik untuk ikut bersama. 5) Cerdik dan Bijak Mungkin semasa ibu mengandung, anak sulung mendapat lebih vitamin dari pemakanan ibu yang teliti menjaga pemakanan. IQ anak sulung selalunya lebih tinggi dari adik-adik yang lain. Ini mungkin hanya pendapat sahaja, tetapi kadang kala anak sulung mendapat lebih perhatian dari adik beradik yang lain kerana ciri-ciri di atas. Walau bagaimanapun, kita sebagai ibu bapa tak boleh membezakan mereka semua, nanti ada yang berkecil hati dan menyimpan perasaan. Hargailah anak-anak kita semasa kecil,kerana masa mereka terlalu singkat untuk kita tatang bagai minyak yang penuh ini. - CARI |
orgsepang replied at 21-6-2019 05:38 PM
Semua betul!
Cuma akak nak tambah, anak sulung selalu nenek atok yang jaga sebab ibu bapa tak ha ...
ADVERTISEMENT