CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lokasi Pengebumian Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi Dirahsiakan?

18-6-2019 02:46 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 3664| Komen: 15|Original author: Oleh: Nia M

Masihkah anda ingat pada bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi? Suatu masa yang lalu, dunia dikejutkan dengan pelantikan baru Presiden Mesir secara demokrasi buat pertama kalinya, yang mengakhiri pemerintahan Hosni Mubarak. Hari ini, dunia sekali lagi dikejutkan dengan pemergian Morsi buat selama-lamanya.

Kredit foto: Carian Google


Enam tahun yang lalu, Morsi digulingkan serta dipenjarakan setelah hanya setahun menjadi Presiden negara itu atas tuduhan tidak berasas, salah satunya dituduh sebagai pengintip dan pengganas. 

Sejak dipenjarakan bermula tahun 2013, kesihatan Morsi semakin merosot, ditambah pula dengan keadaan penjara yang membuatkan dia jatuh sakit. Dia mempunyai sejarah menghidap kencing manis, dan kegagalan buah pinggang serta fungsi hati. 


Anak lelaki Morsi, Abdullah Mohamed Morsi berkata, sepanjang ayahnya dipenjarakan, keluarganya hanya dibenarkan bertemu tiga kali sahaja sejak 2013. Bukan itu sahaja, malah Morsi tidak dibenarkan berjumpa peguamnya dalam keadaan berdua sahaja.

Liputan mengenai kes dakwaan Morsi juga tidak disiarkan di televisyen membuatkan orang ramai semakin lupa tentang kes Mohamed Morsi.

Morsi rebah di kandang pesalah di mahkamah ketika hari perbicaraannya dan dibawa ke hospital. Dia disahkan meninggal dunia pada 4.50 petang, hari Isnin lalu sebaik sahaja sampai ke hospital. Namun, media melaporkan lokasi jenazahnya tidak diketahui oleh ahli keluarga sendiri kerana menurut mereka, pihak berkuasa tidak membenarkan Morsi dikebumikan di perkuburan keluarga. 

Kredit foto: Carian Google
Terbaru, memetik Al Jazeera, salah seorang peguam Morsi berkata bekas presiden itu dikebumikan di Medinat Nasr, yang terletak di timur Kaherah.

Ia turut disaksikan oleh ahli keluarganya. Ini sekaligus menafikan berita tentang lokasi pengebumian yang dirahsiakan sebelum ini. 

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Mohamed Morsi. - CARI 



Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 18-6-2019 05:14 PM
So mana lobai2 PAS ??? Napa tak demo besar besaran kat Kedubes Mesir lahnat?? Dasar Lobai hipokrit
Quote LiveYourLife 19-6-2019 09:41 AM
sad news...
Quote ninjago 19-6-2019 12:01 PM
sedih baca pidato terakhir dia sebelum dia jatuh & pergi buat selamanya.. hidup dia dah macam hidup sahabat2 zaman dulu2.. penuh dgn ujian and rintangan tuk pertahankan iman.. semoga syahid milikmu.. Alfatihah.
Quote am2020 19-6-2019 04:23 PM
mesti kena arsenik macam kes bekas tpm malaysia yg dituduh meliwat...
Quote CikB 20-6-2019 11:56 AM
innailillahiwainnailaihirojiun
Quote MissVixen 20-6-2019 11:59 AM
am2020 replied at 19-6-2019 04:23 PM
mesti kena arsenik macam kes bekas tpm malaysia yg dituduh meliwat...

Kalau bn tu kejam macam orang mesir ni, dah lama mati anwar tu. Bukan susah nak cari hitman pun. Drama je lebih.
Quote pyropura 20-6-2019 01:45 PM
Arwah Morsi al Hafiz ni contoh mangsa Deep State, all along from the very beginning kena sabotaj dek penjawat awam Mesir yg dikuasai oleh kuncu2 Mubarak (Umno versi mesir). Semoga syahid status beliau.
Quote messymimi 20-6-2019 02:05 PM
sedihnya
Quote cmf_Strawberry 20-6-2019 04:09 PM
Sedih.. Semoga ini adalah permulaan Mesir utk  menentang Alsisi tu.
Quote nono86 21-6-2019 07:02 AM
Mohni merintah setahun kena penjara, hosni tu tak kena penjara ke
Quote monsterwife 21-6-2019 10:01 AM
Alfatihah kepada beliau.
Quote rainbowrainz 21-6-2019 01:11 PM
innailillahiwainnailaihirojiun
Quote pyropura 21-6-2019 02:51 PM
Masih tunggu demo dari lobai Pas dan lobai wannabe Umno. Pelik kan malah Limkitsiang pulak buat stetmen yg keras suruh gomen Egypt disiasat. Mana tolo puak Pas Umno semua
Quote pyropura 21-6-2019 02:53 PM
cmf_Strawberry replied at 20-6-2019 04:09 PM
Sedih.. Semoga ini adalah permulaan Mesir utk  menentang Alsisi tu.

Al sisi will rule forever,  momentum revolusi mesir tu dah mati dah.
Quote cmf_Strawberry 21-6-2019 03:52 PM
pyropura replied at 21-6-2019 02:53 PM
Al sisi will rule forever,  momentum revolusi mesir tu dah mati dah.

Kenapa... i tak faham sgt politic timir tengah ni.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.226600 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top