CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Sampai Hati Kau Dik!" - Tak Puas Hati Dibuang Sekolah, Pelajar Tikam Cikgu Kaunseling

18-6-2019 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4699| Komen: 20

Apa nak jadi dengan pelajar masa sekarang yang hilang adab sehingga sanggup bertindak menikam gurunya sendiri. 

Memetik laporan Harian Metro, seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah agama di Kuala Langat dikatakan menikam guru kaunseling sekolah berkenaan. 


Malang sekali, kejadian turut berlaku ketika mangsa sedang tidur  di sebuah bilik asrama di situ. 

“Motif kejadian dipercayai pelajar lelaki itu tidak berpuas hati kerana dikenakan tindakan buang sekolah.

“Pelajar itu dipercayai menikam mangsa di tangannya tiga kali,” kata sebuah sumber kepada akhbar berkenaan. 

Bukan itu sahaja, kejadian terbabit turut menjadi tular di grup Whatsapp PIBG sekolah itu. 

Foto Carian internet
“Polis masih menunggu keadaan mangsa stabil untuk direkodkan keterangan.

“Kejadian dipercayai berlaku di antara suspek dan mangsa, jadi polis harus menyiasatnya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Mohd Azizan Tukiman. - CARI 


Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-6-2019 01:29 PM
Nak gambar budak tu
Quote kroit92 18-6-2019 01:34 PM
kes apa dia kena buang sekolah tu

dah tikam orang pulak. ni kes juvana la kan? mohon pencerahan
Quote chinta89 18-6-2019 02:45 PM
nk tau dari dua2 pihak
Quote ainashiqa 18-6-2019 02:53 PM
Sekolah mana ni eh? Ntah2 mangsa yg bt bdk tu stress. Psl tu ditikamnye
Quote Artemesiaa 18-6-2019 02:55 PM
Mesti ada cerita disebaliknya sampai dia sanggup bertindak sebegitu tak kan lah hanya sebab akan dibuang sekolah je
Quote arm_band 18-6-2019 03:19 PM
yang kompom sekolah agama ada asrama kat K.Langat ni SAMTTAR la. SAMUSKD rasanya takde asrama kot, xingat ler dah berkurun tak kembali ke banting hahahahh
Quote laksmanabentan 18-6-2019 03:21 PM
mesti ada kes sebelum itu kan....

budak ini kena buang sekolah..
tak puas hati, tikam tangan cikgu tuh....
Quote hotmak 18-6-2019 03:30 PM
bawah pengaruh dadah ke tu
Quote Lengkong 18-6-2019 03:33 PM
Salam takziah untuk keluarga mangsa. Semoga kematian mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.
Quote sehirkedi 18-6-2019 05:39 PM
Memacam sekarang ni. Ramai yg sakit mental.
Quote monreyes 18-6-2019 05:51 PM
kalau x buat jenayah..x yah la buang skolah...
anak kwn aku kat tahfiz kesalahan hisap rokok je ..
1st time lak tu...
kena buang juga...
bukan senang nak masuk tahfiz lain...
sylabus ..buku x sama...
Quote an0nym0üs 18-6-2019 07:16 PM
Kalau sampai kena buang sekolah mesti kes berat. Dah form 5 tak lama lagi nk periksa xkan la sekolah simply2 buang macamtu je. Apa2pun memang tak patutlah gi tikam cikgu tu. Mereputlah ko dek
Quote anastasia7 19-6-2019 12:24 AM
Lengkong replied at 18-6-2019 03:33 PM
Salam takziah untuk keluarga mangsa. Semoga kematian mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.

Tak mati rasanya.
Quote CARI-MAMS 19-6-2019 11:01 AM
adoiii tikam masa org tido lak tu
Quote kluangman 19-6-2019 04:23 PM
Bolehlah sekolah kat Henry Gurney
Quote sarahmirza 19-6-2019 04:25 PM
Tak payah la sampai tikam...
Pancitkan tayar n calarkan kereta je dah la.
Quote Potpouri 19-6-2019 09:31 PM
kluangman replied at 19-6-2019 04:23 PM
Bolehlah sekolah kat Henry Gurney

Dah kena buang, pening fikir nak masuk sekolah mana.. tu yg main tikam2 cikgu, dapat masuk sekolah henry gurney senang2, tak perlu fikir dah
Quote meteorspeed 19-6-2019 09:42 PM
Nie la, hasil yg mak bapak nak skrg. Manjakan svt anak
Quote dewimalam78 19-6-2019 10:01 PM
Semua komen blame budak sekolah tu.
pernah ke kita fikir apa punca pelajar tu bertindak mcm tu?
Pernah tak guru slow talk atau menyelami hati pelajar remaja tu? Walhal spm nak dekat, kena buang sekolah..kena mengadap mak bapak, dan mcm2 isu.

Pernah ke kita bersembang hati ke hati dgn anak remaja kita? Setiap kali anak remaja kita buat salah, kita hy mau menghukum mereka.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050327 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top