Seorang ibu dan pasangan lesbiannya didakwa atas kesalahan menyiat kulit sebelum memenggal kepala anak lelakinya sendiri. Rosana Candido, 27 dan Kacyla Pessoa, 28 dari Brazil menikam mangsa bekali-kali disebabkan rupa Rhuan seiras dengan bapanya.
Metro UK melaporkan, pasangan lesbian itu mengaku melakukan perbuatan kejam itu di rumahnya di Samambaia. Bagi menghapuskan bukti mereka cuba membakar mangsa di atas pemanggang barbeku. Tak cukup dengan itu biji mata mangsa dikorek supaya menyukarkan proses pengecaman. Tak berjaya sembunyi bukti dengan membakar, mangsa dimsukkan ke dalam beg dan dibuang ke dalam pembentung. Bahagian badan yang lain pula disembunyikan dalam dua beg galas di rumah. Siasatan mendapati, bertahun sebelum mangsa dibunuh, mereka pernah mengerat alat sulit mangsa. Sumber menyatakan, "Selepas buang kemaluan mangsa, mereka cuba membentuk kemaluan wanita pula pada mangsa. Suspek mendakwa mangsa adalah beban dan perasaan benci kepada bapa kepadanya membuak-buak kerana pernah diseksa lelaki berkenaan. -CARI
|
rykall replied at 18-6-2019 01:15 PM
terus demam aku baca berita ni...terlalu kejam manusia ni ya.
ADVERTISEMENT