CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Prosiding Jenayah Akan Diambil Terhadap Suspek Tembak Jatuh Pesawat MH17

19-6-2019 12:23 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2705| Komen: 10|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Seorang penyiasat dari Malaysia memeriksa serpihan pesawat MH17 di lokasi ia terhempas sekitar Julai 2014. Kredit foto: Reuters


Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) insiden penerbangan MH17 akan mengumumkan prosiding jenayah terhadap beberapa suspek yang disyaki terlibat menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu pada 19 Jun ini.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh semasa terbang di ruang udara wilayah yang dikuasai pemberontak pro-Rusia dekat Donetsk, Ukraine pada 22 Julai 2014 serta mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapalnya.

Kira-kira dua pertiga daripada semua mangsa adalah warga Belanda.

Imej yang menggambarkan pesawat MH17 ditembak peluru berpandu seperti yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda. Kredit foto: Sky News


Memetik laporan Reuters pada 15 Jun, perkara itu didedahkan oleh dua stesen penyiaran terkemuka di Belanda iaitu RTL dan NOS dengan memetik sumber yang tidak didedahkan identitinya.

Walau bagaimanapun, nama-nama suspek tidak dinyatakan dalam laporan RTL dan NOS.

Para pendakwa raya Belanda menyatakan JIT yang dianggotai pegawai-pegawai dari Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine itu akan membentangkan penemuan terkini kepada media dan waris-waris mangsa pada 19 Jun.

Namun, seorang jurucakap bagi perkhidmatan pendakwaan Belanda enggan memberi butiran terperinci tentang perkara yang bakal diumumkan.

Serpihan pesawat MH17 di lokasi ia terhempas. Kredit foto: EPA-EFE

JIT sebelum ini menjelaskan, sistem peluru berpandu yang dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 dikaitkan dengan Briged Antipesawat Ke-53 Rusia yang berpangkalan di Kursk.

Pegawai-pegawai penyiasat menyatakan, langkah seterusnya adalah mengenal pasti dalang-dalang di sebalik insiden berkenaan dan mendakwa mereka di bawah undang-undang Belanda.

Memandangkan Rusia dijangka tidak akan menyerahkan suspek-suspek yang mungkin berada di negara berkenaan, pihak berkuasa memberitahu, perbicaraan boleh dilakukan tanpa kehadiran mereka.

Kalau suspek tidak hadir semasa perbicaraan, bagaimana pula hukuman boleh dijatuhkan terhadap mereka? - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 19-6-2019 01:10 PM
so suspek utama adalah rusia?
Quote hussaini4675 19-6-2019 02:01 PM
helicornia: so suspek utama adalah rusia?


Kita tengok sapa yang kena
Quote GJboy 19-6-2019 02:05 PM
Semoga keadilan terserlah
Quote kelapaparut 19-6-2019 07:42 PM
Please tolong jgn kaitkan kes mh17 ni dgn ape2 party politik, semburit etc..i dah bosan all the thread dlm ci ni mesti ade unsur2 maki hamun politik walaupun cerite pasal garaj la, gaduh pprt, exciden, staf nurse bunuh baby pun ade kisah politik.msia..
Quote farishaziqi 19-6-2019 08:25 PM
Patut mintak pihak Russia cari MH370 sampai jumpa untuk ganti tembak MH17.

Susah sangat ker???
Quote hussaini4675 19-6-2019 09:56 PM
farishaziqi: Patut mintak pihak Russia cari MH370 sampai jumpa untuk ganti tembak MH17.Susah sangat ker???


2 kes berasingan. MH17 jenayah antarabangsa. MH370 hilang.

Quote hussaini4675 19-6-2019 09:57 PM
JIT dah umum 4 suspek. 3 warga Rusia, 1 warga Ukraine
Quote hussaini4675 19-6-2019 10:03 PM
Four suspects to be criminally prosecuted under Section 168 and 289 of the Dutch Criminal Code for the downing of #MH17:

1) Igor Girkin,
2) Leonid Kharchenko,
3) Sergei Dubinsky,
4) Oleg Pulatov.
Quote Ina8895 10-7-2019 02:06 AM
kelapaparut: Please tolong jgn kaitkan kes mh17 ni dgn ape2 party politik, semburit etc..i dah bosan all the thread dlm ci ni mesti ade unsur2 maki hamun politik w ...


Amende la kau ni
Quote Ina8895 10-7-2019 02:07 AM
Mana pemimpin dap yang dulu konfiden je cakap boleh setel kes mh370 & mh17?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.063632 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top