Seorang menteri di Pakistan dijadikan bahan lawak oleh para netizen apabila muncul dengan misai dan telinga kucing pada wajahnya semasa sidang akhbarnya bersiaran secara langsung dalam Facebook pada 14 Jun lalu. Kesilapan yang berlaku akibat 'cat filter' dipasang secara tidak sengaja oleh pasukan media sosial menteri wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Shaukat Yousafzai itu terus berlaku walaupun komen tentang insiden lucu itu masuk bertalu-talu. Antara komen yang ditulis netizen adalah "ada seekor kucing di dalam kabinet" dan "Shaukat Yousafzai kelihatan seperti seekor kucing - Meow meow meow."
Memetik laporan AFP pada 16 Jun, video tersebut sempat dilihat oleh seorang wartawannya sebelum dipadamkan dari laman Facebook rasmi parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) beberapa minit selepas sidang media itu berakhir. Walau bagaimanapun, gambar-gambar lucu daripada sidang media berkenaan masih tular dalam media sosial. Shaukat ketika mengesahkan insiden itu kepada AFP berkata, ia berlaku secara tidak sengaja. "Tidak perlulah kita bersikap serius dalam semua perkara. Bukan saya seorang sahaja, dua lagi pegawai yang duduk di sebelah saya juga terkena penangan cat filter," katanya secara berseloroh. Sementara itu, pasukan media sosial PTI dalam satu kenyataan media memberi jaminan bahawa segala tindakan yang wajar telah diambil bagi mengelakkan kesilapan serupa berulang pada masa hadapan. Sekurang-kurangnya Shaukat masih boleh menarik nafas lega kerana isu yang dihadapinya tidak sepanas video kontroversi yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet di Malaysia. - CARI |
ifanonline replied at 18-6-2019 11:18 AM
sekali sekala humour..apa salahnya...warga pakistan ni asyik rogol wanita sendiri aje
Sekurang-kurangnya Shaukat masih boleh menarik nafas lega kerana isu yang dihadapinya tidak sepanas video kontroversi yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet di Malaysia.
pyropura replied at 18-6-2019 12:50 PM
Menteri ni puak Pathan, suka bantai belakang jugak
ifanonline replied at 18-6-2019 02:12 PM
entah2 kaum kerabat john love tak? atau lkick?
pyropura replied at 18-6-2019 05:06 PM
John love aka @JohnnyCastle tu betino yg dah menopos
ADVERTISEMENT