Sekarang ini memang payah nak cari kerja, terutamanya kepada graduan baru yang tidak mempunyai pengalaman kerja sebelum ini. Kebanyakan kerja kosong sekarang ini mempunyai permintaan yang tinggi terhadap pemohon, kadang-kadang kriteria yang diberikan memang tak masuk akal. Seperti juga kerja yang diiklankan di JobStreet ini, syarikat akauntan terkenal di Malaysia iaitu Ernst & Young sedang mencari 'Tea Lady' baru untuk pejabat mereka di Mutiara Damansara. Tak pelik kan? Yang peliknya apabila pengalaman kerja yang diperlukan untuk jawatan ini adalah selama 10 tahun! Menerusi laman JobStreet sendiri, memang sahih syarikat tersohor itu sedang mencari seorang 'Tea Lady' yang mempunyai pengalaman melakukan kerja tersebut selama 10 tahun. Antara skop kerjanya ialah menyediakan air kepada bos dan tetamu, mengisi tepung minuman ke dalam mesin, dan membersihkan pantri. Gaji yang ditawarkan juga ialah RM 2,000! Netizen pun apa lagi, terus iklan ini jadi bahan jenaka! Tak kurang juga yang memahami kenapa pengalaman yang tinggi diperlukan untuk syarikat ternama seperti Ernst & Young. |
merrissa replied at 17-6-2019 08:05 PM
Korang gelak2, tgk2 ramai tea lady yg ada pengalaman 10 thun beratur anta resume...
merrissa replied at 17-6-2019 08:05 PM
Korang gelak2, tgk2 ramai tea lady yg ada pengalaman 10 thun beratur anta resume...
ADVERTISEMENT