CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kucing Berwajah Sedih Miliki Berpuluh Ribu Peminat, Kini Selebriti Instagram Baharu

17-6-2019 03:56 PM| Diterbitkan: GJboy| Dilihat: 6946| Komen: 30|Original author: Oleh: Abang Boy

Description: Kucing dengan wajah sedih menjadi ikutan puluhan ribu pengguna Instagram
Kredit Foto: @tummyandgummy/Instagram

Bulan lalu, beribu-ribu pencinta kucing di seluruh dunia pasti berasa sedih dengan berita kematian kucing selebriti internet bernama Grumpy Cat.

Kini, penggemar kucing global sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan mereka dengan kemunculan seekor kucing baru yang diberi nama Toby.

Toby ialah seekor kucing British berumur enam tahun yang lahir dengan ekspresi wajah sedih. Percaya atau tidak, Toby sebenarnya sudah ada lebih 31,000 pengikut di akaun Instagramnya. 

Memetik laporan portal The sun, Toby diambil dan dipelihara di bandar Stroud, Gloucestershire di England oleh Georgina Price dan tunangnya, Christopher Lardner sejak bulan Oktober lalu.


Kucing berwajah sedih ini berdiri di atas sebuah sofa. Kredit: @tummyandgummy/Instagram
Pasangan itu mula-mula menemui Toby menerusi paparan di laman web Persatuan Diraja Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA).

Georgina mendapati Toby sebenarnya memiliki kulit menggeleber kerana satu keadaan yang dikenali sebagai sindrom Ehlers-Danlos (EDS).

"Kami belum pernah terdengar mengenai EDS sebelum menjumpainya (Toby). Kami tahu dia perlukan sebuah kediaman dengan kasih sayang dan kami ada banyak untuk diberi," cerita Georgina. 

Sindrom EDS menyebabkan Toby kelihatan sedih sepanjang masa. Kredit: @tummyandgummy/Instagram
Toby menerusi laman Instagram sering berkongsi gambar dengan puluhan ribu pengikut.

Minggu lepas, Toby berkata: "Semua orang panggil saya kucing sedih. Jadi, lebih baik saya beri senyuman menawan supaya anda boleh lihat betapa gembiranya saya!"  -CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 17-6-2019 03:59 PM
Grumpy tu comel.. yg ni errr comel yg x comel..
Quote prettyuglybabe 17-6-2019 04:04 PM
kalau warna oren mesti macam rimau muka dia..
comel je..
Quote Boomibulat 17-6-2019 04:07 PM
Camni comel ke..huhu.creepy je
Quote MoonRise 17-6-2019 04:13 PM
Boomibulat replied at 17-6-2019 04:07 PM
Camni comel ke..huhu.creepy je

kan kucing tu ada penyakit..
Tp ok ja tengok muka dia
Quote uda 17-6-2019 04:26 PM
kucing ni macam muka orang tua. Muka dah mengelebeh
Quote CiliPadiSedap 17-6-2019 04:27 PM
saggy muka dia cm saggy kopek sis vokuru
Quote matchstick 17-6-2019 04:55 PM
X comel tp unik
Quote RooneyMara 17-6-2019 05:51 PM
Awww comel nya. Muka tua n sedih. Rasa mcm nak peluk dia. Haha
Quote Artemesiaa 17-6-2019 06:48 PM
Uniknya muka dia
Quote matkpop 17-6-2019 10:10 PM
Comelnya lahai. Rasa nak tarik2 je.

@Foxey
Quote Ali_x 17-6-2019 11:36 PM
Kucing punya hal..oner dpt untung
Quote puding_caramel 18-6-2019 08:25 AM
alahai bulus, sedehnya laaaaaa muka ko
Quote bananes 18-6-2019 10:06 AM
kawan aku ada muka sedih mcm kucing ni
Quote haryatie 18-6-2019 10:47 AM
mcm muka kucing tua
Quote ainashiqa 18-6-2019 03:14 PM
Muka dia rare
Quote RatuDunia94 18-6-2019 04:01 PM
Rasa mcm nk simbah air panas je ada lah..
Quote lee_sakura 19-6-2019 08:27 AM
udoh knp mukanya gini, mcm lemak jatuh je
Quote mieymiey 19-6-2019 09:14 AM
Alaaa ciannya
Quote Foxey 19-6-2019 07:55 PM
Sedihnya muka dia, kesian je tengok

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.368429 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top