Sejak dilantik sebagai Menteri Pendidikan tahun lalu, Dr. Maszlee Malik terkenal dengan reputasi sukar memberi kerjasama yang baik kepada pengamal media tempatan. Sikap beliau itu menimbulkan kesulitan kerana banyak soalan berhubung banyak isu melibatkan Kementerian Pendidikan tidak dapat dikemukakan sekali gus menyebabkan rakyat tertanya-tanya apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Berdasarkan keluhan para pengamal media tempatan dalam media sosial, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam bukan sahaja dikatakan mengelak daripada menjawab soalan wartawan malah didakwa pernah membatalkan sesi wawancara yang telah diatur pada saat-saat akhir. Baru-baru ini, beliau 'buat hal' lagi apabila tiba-tiba menghilangkan diri selepas wartawan cuba mendapatkan reaksinya tentang isu anak-anak Orang Asli suku Batek di Gua Musang, Kelantan yang tercicir daripada persekolahan dalam satu majlis di Putrajaya. Memetik laporan Malaysia Gazette pada 14 Jun, tindakan Maszlee itu dilihat tidak profesional kerana beliau meminta para wartawan "Makanlah dulu" sebelum menjawab soalan-soalan mereka. Selain isu pendidikan suku Batek, pengamal media juga ingin mendapatkan komen beliau tentang isu lebih 45,000 pekerja kontrak pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah yang diberhentikan. Para wartawan memberi kerjasama yang baik apabila akur dengan permintaan Maszlee namun kira-kira lima minit kemudian, mereka dimaklumkan beliau telah meninggalkan majlis tersebut. Seperti yang dijelaskan oleh Malaysia Gazette, masalah itu bukan kali pertama berlaku kerana Maszlee pernah berbuat demikian ketika wartawan ingin mendapatkan penjelasannya berhubung isu yuran pengajian Universiti Malaya (UM). Melihat kepada sikap Maszlee itu, tidak hairanlah apabila beliau menduduki tempat tercorot dalam kaji selidik The Edge pada Mei lalu tentang prestasi menteri-menteri Kabinet PH. - CARI |
arjuna9124 replied at 16-6-2019 10:07 PM
Ok le tu..at least dia ghaib sbb ada rasa malu..member2 dia langsung xde perasaan malu..kulit muka l ...
Purplehag replied at 16-6-2019 10:46 PM
Suka dengan menteri ni humble, bahasakan diri dia pak cik masa beri ucapan depan budak sekolah.
ADVERTISEMENT