CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jururawat Cantik Terlibat Dengan Pembunuhan 17 Bayi Di Hospital

15-6-2019 01:40 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 4369| Komen: 16|Original author: Oleh: Nia M

Di Malaysia, antara isu yang hangat jika melibatkan hospital kerajaan pastinya isu jururawat mulut puaka, biadab dan sebagainya dengan pesakit. Tetapi, walaupun jururawat di Malaysia kebanyakannya garang-garang, kerja mereka tetap dijalankan dengan sempurna.

Berbeza dengan fenomena di luar negara. Layanan yang diberikan jururawat di sana memang baik dan pesakit pun jadi lebih tenang. Tapi, hati-hati! Mungkin dalam kelompok jururawat mereka, ada yang tidak ikhlas menjalankan tugas atau mungkin ada yang memendam rasa.

Baru-baru ini, seorang jururawat bernama Lucy Letby telah ditangkap di sebuah hospital di United Kingdom atas tuduhan membunuh 17 orang bayi sejak tahun 2015.

P

Gadis yang berusia 28 tahun ini merupakan graduan Jururawat Kanak-kanak dari University of Chester dan telah bekerja di hospital itu sejak 2011 lagi. Dia pernah menyatakan dia sangat sukakan kerjaya tersebut.

Berikutan jumlah kematian bayi yang tinggi mendadak antara Mac 2015 hingga Julai 2016 di Hospital Chester, pihak hospital sendiri telah meminta pihak polis untuk menjalankan siasatan. 

Kredit foto: The Sun
Alternatif ini diambil apabila pihak siasatan dalaman medik sendiri berasa hairan dengan kematian bayi pra-matang yang mengalami kegagalan jantung dan paru-paru yang kebiasaannya boleh diselamatkan melalui proses resusitasi. 

Laporan lanjut siasatan kes mendapati terdapat kesan tompokan aneh pada lengan dan kaki bayi-bayi itu selepas kematian mereka. Namun, oleh kerana puncanya tidak dapat dikenal pasti, pihak polis dipanggil untuk membantu siasatan. 

Pihak polis berjanji bahawa pihak keluarga bayi-bayi yang telah meninggal di hospital itu akan menerima segala info terkini berkenaan siasatan kes tersebut. 

Sementara itu jururawat itu berada di dalam tahanan reman bagi membantu siasatan sementara pihak polis turut memeriksa kediamannya. 

Kredit foto: The sun
Semoga si pelaku menerima balasan setimpal kerana telah membunuh bayi-bayi yang tak berdosa! -CARI
3

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Elise83


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnnyCastle 15-6-2019 01:51 PM
etis menggalakkan anarkisme...wakakakakakaka
Quote najib888 15-6-2019 01:53 PM
Cerita separuh masak. Dia masih lagi dlm tahanan reman. Kes masih dalam siasatan. Macam mana dah jatuh hukum kata dia ni pembunuh bayi?
Quote Linahlynn 15-6-2019 02:06 PM
Omg bahayanya ada jururawat mcm ne. Psycho
Quote norsue 15-6-2019 02:10 PM
belum sabit kesalahan lagi kan? just suspek je..baik je tgk muka..klu betul la dia pembunuh
Quote keds 15-6-2019 04:14 PM
ada juga ke nurse saiko? seramm
Quote Pink_Purple 15-6-2019 04:17 PM
moga kebenaran dapat dicari, keadilan dapat ditegakkan
Quote Ferr_Remy 15-6-2019 08:03 PM
Ape punye artikel ni? Jururawat ni still kite tak tau die betul2 salah ke ape. Kesalahan die pun xde disebut dlm artikel ni. Ni yg nak mrh ni
Quote nafham 15-6-2019 10:36 PM
Entah2 mmg ditakdirkan semuanya mati sbb mmg gitu ajal bayi2nya tp nak dijadikan cerita semua bayi2 tu nurse ni terlibat sama so dah nampak satu persamaan dah. Tapi hakikatmya nurse ni x bersalah pun n dia dah buat keje dia sehabis baik. Mcm mana lah agaknya kalau kita yg terperangkap dlm situasi begini... mesti xde sapa yg percaya kan kita {:cryrun
Quote ainashiqa 16-6-2019 07:26 AM
Apa yg dia bt kt baby tu? Artikel x complete
Quote Redorqid 16-6-2019 02:29 PM
Sekiranya ada bukti2 yg sohih dari siasatan yg jujur lagi suci la baru blh dituduh sbgi pembunuh..berat tuduhan tanpa bukti ni.. blh lawan balik..
Quote Linahlynn 16-6-2019 03:23 PM
Artikel x complete xyah laa post..
Quote feez_amy 17-6-2019 12:51 PM
Nak tau apa dia buat kat baby
Quote akakdendeng 17-6-2019 12:55 PM
sakit jiwa ni
Quote hasniey 18-6-2019 12:52 AM
Kaau betul lah.jahatnye jd manusia.baby  kecik pon ko bunuh
Quote makton 18-6-2019 07:47 AM
mana bukti ckp dia yg bunuh??
Quote belilies 25-8-2019 06:23 PM
Apa maksud kesan tompokan di kaki tangan babies tu?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.218136 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top