CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengandungi Bakteria, Singapura Tarik Balik Jualan Air Minuman Dari Malaysia

14-6-2019 12:09 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 8013| Komen: 30|Original author: Oleh :Tukang Tulis

Air minuman jenama Starfresh yang diimport dari Malaysia dikesan tercemar dengan bakteria Pseudomonas aeruginosa. Kredit foto: SFA
Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengarahkan air minuman botol jenama Starfresh yang diimport dari Malaysia ditarik balik dari pasaran di republik itu.

Memetik kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook agensi berkenaan pada 12 Jun, produk itu dikesan tercemar dengan bakteria Pseudomonas aeruginosa semasa pensampelan rutin dilakukan.

Pseudomonas aeruginosa hidup dalam persekitaran berairi. Kredit foto: Infectious Diseases Hub

Pseudomonas aeruginosa merupakan bakteria persekitaran biasa yang boleh ditemukan dalam najis, tanah, air dan kumbahan.

Ia boleh membiak di dalam persekitaran berair dan juga di atas permukaan bahan organik bersesuaian yang bersentuhan dengan air.

"Penggunaan atau pengambilan produk yang dicemari oleh Pseudomonas aeruginosa boleh mengakibatkan berlaku jangkitan tetapi jarang menyebabkan penyakit serius terhadap individu yang sihat.

"Orang ramai yang telah membeli produk berkenaan dinasihatkan agar tidak meminumnya manakala mereka yang telah meminumnya dan bimbang dengan kesihatan mereka perlu mendapatkan nasihat perubatan," jelas SFA.

SFA juga telah mengarahkan syarikat Radha Exports Pte Ltd yang mengimport produk tersebut untuk menarik kesemuanya dari pasaran Singapura.

Mengandungi Bakteria, Singapura Tarik Balik Jualan Air Minuman Dari Malaysia, Foto: Asia One
Pseudomonas aeruginosa boleh menyebabkan jangkitan pada saluran kencing, paru-paru, tisu lembut, tulang dan sendi serta sepsis dan endokarditis.

Kementerian Kesihatan sewajarnya menjalankan pensampelan terhadap air minuman dibotolkan jenama Starfresh sekiranya produk itu dijual di Malaysia. - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jiddin 14-6-2019 12:25 PM
alamak.
aku rajin beli air mineral star cool.
hrp2 bukan company sama
Quote fff_cat 14-6-2019 12:33 PM
Singapore ni alert betul dengan products yang diorang import. Tak comply denfan guideline terus stop.  pesticide issue, bakteria dan macam2 lg la.

Malaysia susah betul nak berita gini..
Quote hussaini4675 14-6-2019 12:37 PM
fff_cat: Singapore ni alert betul dengan products yang diorang import. Tak comply denfan guideline terus stop.  pesticide issue, bakteria dan macam2 lg la.Mala ...

Malaysia semua boleh
Quote hussaini4675 14-6-2019 12:39 PM
Jiddin: alamak.aku rajin beli air mineral star cool.hrp2 bukan company sama


Sebab tu Kementerian Kesihatan Malaysia pun kena buat ujian pensampelan jugak. Kita tak tau tahap keselamatan air mineral di sini macam mana. Nampak jernih tapi belum tentu tak tercemar.
Quote MissVixen 14-6-2019 12:40 PM
fff_cat replied at 14-6-2019 12:33 PM
Singapore ni alert betul dengan products yang diorang import. Tak comply denfan guideline terus stop ...

Malaysia ni dah orang mati pun masih lembab
Quote Ferr_Remy 14-6-2019 12:42 PM
fff_cat: Singapore ni alert betul dengan products yang diorang import. Tak comply denfan guideline terus stop.  pesticide issue, bakteria dan macam2 lg la.Mala ...


Malaysia da bertahun2 makan baru tau makanan tu tak halal lol
Quote chicozinn 14-6-2019 12:49 PM
xpenah dgar pn jnama ni?
Quote mbhcsf 14-6-2019 01:19 PM
okay noted, gosh macam mane QC ni.
Quote mbhcsf 14-6-2019 01:20 PM
Spore is good in food safety measures ye
Quote cyber_mania 14-6-2019 01:32 PM
Bunyi bakteria dh mcm Wingardium Leviosa.
BTW xpernah nampak brand ni kt kedai. Drinking water kan.
Quote mamarock 14-6-2019 01:51 PM
Bakteria ni biasanya menyebabkan penyakit kepada mereka yang mempunyai daya ketahanan /immune system badan yang lemah.

Tapi kalau dan minum  banyak air yang mengandungi bakteria ni, orang yang sihat pun boleh jadi sakit. Ambik  sumber air kat mana sampai ada P.  aeruginosa?
Quote mieymiey 14-6-2019 01:54 PM
Tak pernah nampak lagi jenama ni kat memana.
Quote buapakperut 14-6-2019 01:57 PM
tak pernah tengok brand ni.. ok la pasni kalau jumpa tau dah. air cebok
Quote mzzenma 14-6-2019 02:08 PM
ni produk malaysia ke.. sbb kata diimport dari malaysia. Tapi tak pernah nampak pun brand ni..
Quote noell 14-6-2019 02:52 PM
drinking water nih dia amek direct dari paip kilang ka? takpakai cowaicockoo ka camna??
Quote batmana 14-6-2019 02:59 PM
cm tk biasa

kalu bnda besar gedabak, cm dadah pun leh terlepas, smpai byk rkyat kite jadi keldai dadah..psl yg jaga tido

apetah lagi benda mikrokospik ni...QC tido juga..

Quote giyomi 14-6-2019 08:14 PM
bila lar penguatkuasaan kat malaysia ni nak telus dan rajin...bl negara lain detect baru sibuk nak keluar statemen ni itu san sini bagai.
Quote komkom_2 14-6-2019 08:46 PM
Agaknye air br di botol lps tu dh naik lori.. Exec Qa pun bg lps..
Mmpos manager Qa kena jawab..
Quote komotthecat 14-6-2019 08:58 PM
Hanya yg trbaik je dijual kt singapore tuh. Yg tcemar hntr balik. Pulun la rkyt msia abiskn yg tcemar tu

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.080733 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top