21 Mei lepas, Oksana Voevodina selamat melahirkan cahaya mata sulung pertamanya. Comel je tengok gambar tapak kaki bayi yang dimuat naiknya di Istagram.
Kapsyennya panjang lebar, termasuk perasaan syukur kerana dikurniakan suami hebat dan anak yang comel. Bayi lelaki tersebut dinamakan sebagai Tengku Ismail Leon Petra bin Tengku Muhammad V Faris Petra. Isteri kepada bekas Yang Dipertuan Agung, Sultan Muhammad V ini nampaknya semakin hari semakin cantik selepas bersalin.
Baru-baru ini dia berjaya menarik perhatian ramai dengan memuat naik gambar berhijab. Menggayakan sepersalinan putih, Oksana mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam.
Ayu sungguh, patutlah Sultan Muhammad terpikat. Beza umur selama 24 tahun langsung tak menjadi penghalang. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|