Seorang wanita menggigil apabila menemui seornag bayi perempuan dalam beg di bawah pokok, dalam semak berhampiran rumahnya. Paridah Johuran, 53 menyatakan kejadian berlaku pada 10.30 pagi di tepi jalan berhampiran Flat Sri Anugerah, Larkin.
Harian Metro melaporkan ketika itu dia sedang berjalan pulang dari kedai serbaneka. “Sebenarnya, saya sudah melepasi lokasi itu namun berpatah semula ke tempat kejadian sebelum ternampak beg berwarna putih corak merah jambu di tepi jalan. Pada awalnya, saya menyangka anak kucing dibuang di dalam beg itu kerana melihat ada pergerakan. “Bagaimanapun, saya tidak sedap hati dan meminta bantuan seorang pekerja bengkel berhampiran untuk mendapatkan beg itu kerana ia benar-benar berhampiran longkang.
“Apabila dia serahkan beg itu kepada saya, saya membukanya dan menggigil apabila mendapati objek di dalamnya adalah bayi dipercayai berusia kurang seminggu kerana masih bertali pusat dan mempunyai kesan gigitan semut di pipinya.” Nasib baik bayi tersebut selamat sebelum nyawanya mungkin diancam haiwan berbisa atau anjing liar. "Saya tidak pasti siapa ibu dan bapa kandung bayi berkenaan namun berharap dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang.” Sementara itu, seorang pengadu membawa bayi itu ke bengkel dan membersihkannya serta memberi susu. Bayi berusia tiga hari itu dalam keadaan sihat dan baik ketika ditemui. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, “Bayi dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan dan kini dalam penjagaan hospital, kami juga sudah memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)." Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi Hot Line JBS 07 2218999 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Masitah Ali Murtada di talian 013 3721458 atau balai polis berhampiran. “Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana ibu bapa atau penjaga kanak-kanak berusia kurang 12 tahun mendedahkan dan membuang kanak-kanak itu, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua duanya.” -CARI
|
Asdan replied at 13-6-2019 11:04 AM
tanya sikit boleh ke ?
dulu zaman tak bertudung tak ada buang bayi merata,
Asdan replied at 13-6-2019 11:04 AM
tanya sikit boleh ke ?
dulu zaman tak bertudung tak ada buang bayi merata,
Nana_Man replied at 13-6-2019 12:12 PM
majoriti yg buang baby org islam kan? Konon nya malu dah buat dosa.parents pun taknk ngaku tu cucu ...
Nana_Man replied at 13-6-2019 12:12 PM
majoriti yg buang baby org islam kan? Konon nya malu dah buat dosa.parents pun taknk ngaku tu cucu ...
ADVERTISEMENT