Pada awalnya, cuma ingatkan suaminya terkena gastrik namun lain pula yang terjadi. Penyanyi Safura Ya'cob mengkhabarkan suaminya, Sahronizam Noor dimasukkan ke hospital Batu pahat pagi ini dan doktor mengesahkan ada batu karang.
“Ingatkan abang (suami) kena gastrik tetapi selepas pemeriksaan lanjut doktor mengesahkan ada batu karang,” kata Safura kepada Harian Metro. “Malam ini saya ada program di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Johor Bahru. Jadi, saya singgah di rumah anak saudara di Ayer Hitam untuk beraya. Awal pagi tadi, secara tiba-tiba abang mengadu sakit perut yang teruk. “Saya fikir dia kena gastik, jadi saya bagi dia makan ubat. Tapi tak jalan juga. Disebabkan itu, saya minta bantuan anak saudara untuk bawa abang ke klinik berhampiran. Selepas diberikan suntikan, sakitnya reda seketika.
“Namun, tidak lama selepas itu abang mengadu sakit lagi. Doktor mencadangkan supaya dibawa terus ke hospital bagi pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan menerusi air kencing, terdapat jangkitan kuman dalam air kencing dan ujian imbasan X-Ray mendapati abang ada batu karang,” terangnya lagi. Menerusi laman Instagram juga Safura ada memuat naik status berkenaan suaminya yang ditahan di hospital.
|
giyomi replied at 13-6-2019 07:20 PM
so...penting sgt ker citer bodo ni. btw, who the hell are yusss
putehkundor replied at 13-6-2019 07:29 PM
semoga kak safura cepat sembuh... meols antara yg sentap dan menyebai sbb lagu safura..sedalam mana ...
danieladam replied at 13-6-2019 07:55 PM
Get well soon husband safura..
Pada yg mengwhoareyuskan safura ni, safura adalah rival Liza Hanim ...
putehkundor: semoga kak safura cepat sembuh... meols antara yg sentap dan menyebai sbb lagu safura..sedalam mana cintamu tak terpilih utk ke final ajl 98...sheols ...
danieladam: Get well soon husband safura..Pada yg mengwhoareyuskan safura ni, safura adalah rival Liza Hanim di waktu awal kemunculan nya. Ala ala Kak Mitch Donat ...
RatuDunia94 replied at 13-6-2019 09:40 PM
Safura masuk industri kira dh lewat juga umur sheols dh 26 gitu.. sebelum tu byk menyanyi kat cl ...
RatuDunia94 replied at 13-6-2019 09:40 PM
Safura masuk industri kira dh lewat juga umur sheols dh 26 gitu.. sebelum tu byk menyanyi kat cl ...
putehkundor replied at 13-6-2019 10:30 PM
uols ingat tak dulu...ifa puk2 jumpa bomoh sbb sakit, lepas tu tok moh tu kata safura yg guna2 sbb ...
ADVERTISEMENT