Seorang penumpang bas ekspres yang dalam perjalanan dari Terengganu ke Negeri Sembilan didapati membuang air besar di tempat duduknya. Harian Metro melaporkan, menurut pemandu bas, Mohd Huzaidi Husain,30, ketika kejadian dia sedang tidur di tempat tidur pemandu di bahagian belakang bas, sementara rakannya, Wan Mohd Zamri Wan Mat, 47 sedang memandu.
“Apabila tiba di Terminal Bas Seremban kira-kira jam 6.30 pagi tadi, saya terjaga daripada tidur sebaik terhidu bau busuk. Saya kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati terdapat najis di tempat duduk penumpang belakang. “Pada masa sama, terdapat najis di bahagian kiri cermin tempat duduk penumpang itu dan langsir.” Dia tidak menyangka penumpang lelaki berusia 30-an itu sanggup melepaskan hajat di dalam bas. “Sepatutnya, dia maklumkan kepada pemandu bas untuk berhenti di masjid atau stesen minyak berhampiran, bukan mengambil tindakan sendiri yang menyusahkan pihak pengurusan dan penumpang lain “Ini kejadian kali kedua sepanjang tiga tahun saya memandu bas ekspres namun ini yang paling teruk." Susulan itu dia dan rakannya terpaksa membersihkan najis terbabit dan sembur pewangi bagi mengelakkan bau busuk. -CARI
|
ADVERTISEMENT