Jumaat lepas, bekas isteri Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Susalan itu, pendakwah kontroversi ini memuat naik gambar bayinya di Instagram, memaklumkan Ain Afini Latiff, selamat melahirkan bayi mereka di Hospital Shah Alam pada jam 12.55 tengah hari.
Kapsyennya, "Ayah mohon maaf sebab telah banyak buat salah pada awak di saat awak dalam kandungan." Baca lanjut.
Di ruangan komen, reaksi yang diterima ada yang positif dan negatif. Maisih ramai lagi yang tak puas hati dengan PU Abu berikutan tindakannya sebelum ini.
Tak kurang juga yang mengucapkan tahniah dan berharap agar anak tersebut boleh mengubah perangai bapanya ke arah yang lebih baik. "Selepas bayi lahir, tangan saya yang menyambutnya. Saya terharu dapat azan di telinganya," katanya kepada Mstar. Apa pun tahniah diucapkan atas kurniaan anak dari Tuhan. Semoga membesar menjadi anak yang soleh. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|