CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Afdlin Shauki Rayu Orang Ramai Salur Maklumat Insiden Adiknya Dilanggar Lari

12-6-2019 04:48 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 14375| Komen: 72|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Jeffri Adzman masih kritikal selepas jalani pembedahan buang pendarahan otak.
Afdlin Shauki merayu bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat tentang kemalangan melibatkan adiknya. Kredit foto: Instagram


Pelakon, Datuk Afdlin Shauki merayu bantuan orang ramai yang menyaksikan insiden kemalangan langgar lari melibatkan adiknya, Jeffri Adzman pada 9 Jun lalu agar tampil menyalurkan maklumat kepadanya.

Rayuan itu dibuat melalui rakaman video yang dimuat naik ke akaun Instagram beliau @afdlinshaukiofficial pada 11 Jun.

Jeffri Adzman yang menunggang skuter jenis Vespa dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta jenis Perodua Myvi di lokasi berhampiran stesen minyak Petronas di Kota Damansara, Selangor.

Afdlin Shauki menjelaskan, adiknya telah menjalani pembedahan selama empat jam di sebuah hospital di Kota Damansara bagi membuang pendarahan dalam otaknya namun keadaannya masih kritikal.


Afdlin Shauki menunjukkan lokasi kemalangan. Kredit foto: Instagram

"Saya nak minta bantuan, kalau sesiapa yang ada video dash cam, kamera yang nampak kejadian atau pun sesiapa yang nampak kejadian perlanggaran motor adik saya di situ dengan Myvi colour hijau, boleh tak tolong PM saya ke?

"Kalau boleh nak dapatkan video dash cam itu atau sesiapa yang nampak perlanggaran itu bolehlah mintak, mintak tolong bantu saya pasal perlanggaran ini," katanya seperti dipetik daripada rakaman video berkenaan.


Dalam rakaman video tersebut, Afdlin Shauki turut menunjukkan persimpangan lampu isyarat berhampiran stesen minyak Petronas Kota Damansara yang merupakan lokasi kemalangan.

Terdahulu, melalui entri berasingan dalam akaun Instagram miliknya, Afdlin Shauki mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan kepada Jeffri Adzman.

"Dia adalah adik yang terbaik yang mana-mana abang akan ada," katanya.

Kredit foto: Instagram

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu seharusnya menyalurkan maklumat kepada Afdlin Shauki atau pihak polis atau lebih baik lagi sekiranya individu yang terlibat dalam insiden berkenaan tampil memberi keterangan di balai polis. - CARI
2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakasotong2 12-6-2019 04:54 PM
Meols lebih berminat dengan 1 lg gosip.

Adik afdlin yg eksiden ni katenye abg ipar ummi nazeera. Ummi ada kakak, dia ngaku.

So kakak nya dr mak tiri nya yg tua la kan?

Maka sahihla la ada baca gosip forumer bawak dlu mak ummi ni bini muda.
Quote Atata 12-6-2019 04:54 PM
Aduh kesian lah pulak. Kasih seorang abang kan..
Quote Atata 12-6-2019 04:56 PM
kakasotong2 replied at 12-6-2019 04:54 PM
Meols lebih berminat dengan 1 lg gosip.

Adik afdlin yg eksiden ni katenye abg ipar ummi nazeera. ...

Aik bukan mmg org tau ke yg mak Ummi ni kawin dgn lelaki yg ada anak. Tak sure duda atau married tp mmg dia ada anak selain ummi dgn abg umi.
Quote kakasotong2 12-6-2019 05:02 PM
Atata replied at 12-6-2019 04:56 PM
Aik bukan mmg org tau ke yg mak Ummi ni kawin dgn lelaki yg ada anak. Tak sure duda atau married t ...

Dulu masa meols baca info ni mcm caya xcaya takut salah kan.

Ni bila ummi dh spill ni maknanya betullah tu.

Sbb masa tu info yg dibawa katanya ayah ummi kaut & kikis duit/harta mama ummi utk keluarga bini tua. Sampai dok dlm jail skrg.

Xtaw btul ke x kalau psl atas ni.

Quote kucingitam 12-6-2019 05:14 PM
myvi..what do u expect..

tetiba benang afdlin jadi benang mak ummi...kah kah
Quote Atata 12-6-2019 05:29 PM
kakasotong2 replied at 12-6-2019 05:02 PM
Dulu masa meols baca info ni mcm caya xcaya takut salah kan.

Ni bila ummi dh spill ni maknanya ...

Hm so maknanya skrg kakak tiri umi kawin dgn adik Aflin Shauki lah ni
Quote hzln 12-6-2019 05:32 PM
kakasotong2 replied at 12-6-2019 05:02 PM
Dulu masa meols baca info ni mcm caya xcaya takut salah kan.

Ni bila ummi dh spill ni maknanya ...

Itu mmg fakta kes dlm mahkamah, bukan level gosip soseh2 acik2 bawang, yg bapaknya pindah reta (saham kot?) dr nama mak ummi kepada nama anak2 lelaki bini tua
Quote EmaAsmadi 12-6-2019 06:20 PM
Myvi buat hal lagi
Quote cap_ayam 12-6-2019 06:24 PM
Dah meninggal dah adik Afdlin. Takziah buat keluarga.
Quote masnona 12-6-2019 06:25 PM
kakasotong2 replied at 12-6-2019 04:54 PM
Meols lebih berminat dengan 1 lg gosip.

Adik afdlin yg eksiden ni katenye abg ipar ummi nazeera. ...

Makmuda pun nmpk kaya anak beranak ya. Apatah lg mak tua. Wow
Quote putehkundor 12-6-2019 06:52 PM
kakasotong2 replied at 12-6-2019 04:54 PM
Meols lebih berminat dengan 1 lg gosip.

Adik afdlin yg eksiden ni katenye abg ipar ummi nazeera. ...

sapa agaknya ya...bini tua dan anak2 dia...mcm tak terdedah sgt....rasanya tak ada lifestyle rich and famous mcm anak2 maziah. tgk adik afdlin ni pun sempoi ja.....

Quote putehkundor 12-6-2019 06:54 PM
ke asalnya mak ummi nazreem ni memang kaya raya.... bapak tiri diorg kahwin sbb nak bolot harta
Quote hussaini4675 12-6-2019 07:10 PM
cap_ayam replied at 12-6-2019 06:24 PM
Dah meninggal dah adik Afdlin. Takziah buat keluarga.

Takziah

   

      



Quote putehkundor 12-6-2019 07:15 PM
aduh....inalillah
Quote munchkin 12-6-2019 07:32 PM
Bangunan sekeliling dah cuba dapatkan cctv?
Quote giyomi 12-6-2019 07:42 PM
cap_ayam replied at 12-6-2019 06:24 PM
Dah meninggal dah adik Afdlin. Takziah buat keluarga.

oh yeker...takziah pada keluarga.
Quote Atata 12-6-2019 07:44 PM
cap_ayam replied at 12-6-2019 06:24 PM
Dah meninggal dah adik Afdlin. Takziah buat keluarga.

Innalillah... Sedihnya...
Quote Atata 12-6-2019 07:54 PM
So ini kah kakak tirinya Umi Nazeera?

Screenshot_2019-06-12-19-51-37-760_com.android.chrome.png
Quote insulin 12-6-2019 08:32 PM
Takziah kepada keluarga abang Afdlin Shauki.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.164264 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top