Sekiranya benar-benar terjadi, orang ramai bakal berdepan dengan masalah apabila sebahagian besar klinik swasta di negara ditutup hari ini. Sama ada kebetulan atau disengajakan, langkah ini ekoran tindakan para pengusaha klinik swasta (doktor) berkenaan yang mahu bertemu dengan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkifli Ahmad di Putrajaya jam 2 petang ini. Notis menggesa klinik swasta menyertai gesaan menutup klinik tular di media sosial sebelum ini. Kementerian Kesihatan juga mengesahkan sesi town hall itu akan berlangsung pada 2 petang ini.
Kebiasaannya, sekiranya tidak dapat hadir ke klinik, mereka (doktor swasta) akan menggunakan petugas gantian, yang dinamakan lokum, bagaimanapun hari ini difahamkan mereka tidak berhasrat berbuat demikian, sebaliknya menutup sahaja klinik masing masing. Ia sekaligus menimbulkan persepsi bahawa ianya adalah mogok yang dirancang. Portal FreeMalaysiaToday melaporkan, antara isu utama yang akan dibawa ke perbincangan dengan Menteri Kesihatan petang ini ialah keengganan kementerian yang bertegas tidak menaikkan yuran konsultasi doktor dari RM10 kepada RM35. Menurut para doktor berkenaan, kenaikan RM25 itu disifatkan amat kecil berbanding kadar RM35 sehingga RM125 yang dikenakan hospital swasta. Dalam perkembangan yang sama, sebuah laman web mengenai kesihatan, Code Blue memetik Dr Yek Sing Chee, yang mengendalikan sebuah klinik swasta di Ipoh sebagai berkata, beliau awal awal lagi sudah memaklumkan kepada umum akan menutup kliniknya hari ini dan akan beramai-ramai ke Putrajaya bersama rakan rakan yang senasib dengannya untuk bertemu Menteri Kesihatan. "Saya sebelum ini menghantar kenderaan saya untuk diservis, ia dikenakan bayaran RM200, dan daripada itu, caj servis mekanik ialah RM100, sekarang kita bercakap mengenai nyawa manusia, wajarkah RM35?" soalnya. Tambah beliau yang telah 18 tahun mengendalikan perkhidmatan itu, ramai pesakitnya mengunjungi klinik swasta kerana tidak mahu menunggu terlalu lama di klinik atau hospital kerajaan, dan dia sering memberikan diskaun kepada mereka yang kurang berkemampuan. Seorang lagi pengusaha klinik swasta, Dr Tan Poh Teng dari Alor Setar dilaman yang sama memberitahu, walaupun tidak hadir ke Putrajaya hari ini, beliau tetap akan menutup kliniknya sebagai solidariti protes kepada keengganan kerajaan melayan permintaan pengusaha klinik swasta sebelum ni. "Saya sudah membuka perkhidmatan ini selama 25 tahun, gaji untuk pekerja sudah meningkat dari RM300 ke RM1,200, itu belum mengambil kira kos kos lain seperti pembuangan sisa perubatan dan sebagainya," ujar beliau. Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM),Dr Steven Chow memberitahu, penutupan klinik swasta hari ini bukan lah mogok yang dianjurkan pihaknya. "Kementerian yang menetapkan tarikh, tempat dan masa perjumpaan, sedangkan mereka sedia maklum ia hari bekerja ketika ia diadakan," jelasnya. Seandainya semua klinik swasta tutup, maka sibuklah klinik kerajaan hari ini. - CARI |
Melorqe replied at 11-6-2019 05:30 PM
nak bg yuran mahal kat doktor tak pa la, tpi ubat tu kenapa mahal sgt,
asal pg klinik swasta ja, dp ...
TuntungReturn replied at 12-6-2019 09:50 AM
lokum mana 2 jam rm1k?? aku tny doktor sini sejam rm80 adala
Tambah beliau yang telah 18 tahun mengendalikan perkhidmatan itu, ramai pesakitnya mengunjungi klinik swasta kerana tidak mahu menunggu terlalu lama di klinik atau hospital kerajaan, dan dia sering memberikan diskaun kepada mereka yang kurang berkemampuan.
ADVERTISEMENT