Lebih sejam tahan sakit dalam tandas Oleh Nik Nur Zakia Abdullah Pasir Mas: Malang buat seorang suri rumah apabila terpaksa menahan sakit lebih sejam apabila kaki kanannya tersepit di dalam lubang tandas di bilik air rumahnya di Kampung Tanjung Chenok, Bunut Susu, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, Zamilah Ismail, 49, dikatakan masuk ke dalam tandas sebelum tergelincir dan kaki kanannya terperosok ke dalam lubang tandas. Zamilah terpaksa diselamatkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Pasir Mas yang menerima panggilan kecemasan daripada suaminya. Suami Zamilah, Shamsudin Seman, 53, berkata, ketika kejadian, dia ke madrasah berhampiran rumahnya untuk menunaikan solat Asar sebelum anak bongsunya, Nur Aisyah Anis,12, memanggilnya pulang ke rumah. ANGGOTA bomba membantu Zamilah mengeluarkan kaki yang terperosok dalam lubang tandas. “Pada mulanya, saya ingatkan anak perempuan saya mahu meminta wang, tetapi saya terkejut dia memaklumkan yang ibunya tergelincir di dalam tandas menyebabkan kaki kanannya terperosok ke dalam lubang tandas. “Saya segera pulang ke rumah dan melihat anak lelaki sedang membantu mengeluarkan kaki. Saya turut menyapu buih sabun pada kakinya, tetapi tidak berjaya,” katanya. Katanya, ketika kejadian, hanya isteri serta dua anaknya, Nur Aisyah Anis dan Mohd Ikhsan Aris, 16, berada di rumah. “Mungkin keadaan lantai bilik air ketika itu licin menyebabkan isteri saya tergelincir lalu kakinya terperosok ke dalam lubang tandas. “Selepas anggota bomba berjaya mengeluarkan kaki isteri saya, dia dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan dan saya bersyukur selepas menjalani ujian x-ray, doktor mendapati isteri saya hanya mengalami bengkak sendi serta terseliuh pergelangan kaki kanan,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30
|
16
Bagus |
16
Marah |
14
Terkejut |
13
Sedih |
23
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
leylapple posted on 30-9-2013 10:14 AM
huh...aku geli kalo tandas cangkung sama level dgn lantai...
aku mesti buat step up dalam 200mm a ...
rospinki posted on 30-9-2013 10:01 AM
lantai pakai tile mcmtu memang la licin..kotor belendir..nsib kaki je buatnya terhentak kepala..lagi ...
lavacall posted on 30-9-2013 05:15 PM
kau tinggikan berapa kaki lak..??
ADVERTISEMENT