Lelaki maut selepas terhempas ke tingkat tujuh dalam kejadian di D-Summit, Pangsapuri Taman Kempas Utama, Kempas, Johor Bahru, malam tadi, lapor Harian Metro. Yen, 33, yang juga seorang pegawai bank dipercayai terjun dari tingkat 13 dilaporkan maut akibat parah. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad mengesahkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki terjatuh dari pangsapuri 35 tingkat. Anggota yang tiba di lokasi kejadian bagaimanapun tidak menemui sebarang nota di sisi mayat selepas melakukan pemeriksaan. Sementara itu, Pegawai Bomba II dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Kamaruzaman Salleh mengesahkan pihaknya menerima panggilan daripada polis sebelum lapan anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menurunkan mayat.
Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat. “Bagi mengelakkan darah mayat melimpah lebih banyak, pihak bomba menggunakan tali dan pengusung untuk membawa mangsa ke bangunan bersebelahan. “Identiti mayat tidak ditemui dan selepas mayat diturunkan, ia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI
|
bondeh replied at 3-6-2019 12:55 PM
Stress kerja bank? Mintak lah tukar department. Dasar otak sintingggg...
weezerfan replied at 3-6-2019 12:48 PM
Nak bunuh diri pon ikut koreanlah.. Sedut carbon monoxide je.. Mati pon kejap suci bersih je. Ni ter ...
MeghanK replied at 3-6-2019 01:12 PM
ingat senang ke nak tukar dept
bondeh replied at 3-6-2019 04:55 AM
Stress kerja bank? Mintak lah tukar department. Dasar otak sintingggg...
ADVERTISEMENT