Lucinta Luna, penyanyi kontroversi dari Indonesia yang pernah berkolaborasi dengan Datuk Alif Syukri bersama Sajat menghasilkan sebuah lagu dangdut kini kembali mencetuskan kontroversi apabila khabarnya telah bertunang dengan seorang lelaki mirip seorang wanita.
Luna yang sebelum ini telah bernikah dengan pelakon dari Filipina namun akhirnya berkecai setelah beberapa minggu mendirikan rumah tangga kini telah bergelar tunang kepada seseorang yang dikenali sebagai Abash. Mereka berdua akhirnya mengumumkan berita pertunangan setelah Abash telah melakukan kejutan istimewa dengan membawanya ke bilik hotel dan melamar Luna dengan romantis sekali.
Namun yang menjadi persoalan di kalangan netizen adalah mengenai rupa paras 'lelaki' tersebut yang menyerupai perempuan. Nampak dalam gambar pun macam seorang wanita kan? Menambah kemusykilan apabila netizen Indonesia terutamnya juga masih meragui jantina Lucinta Luna. Adoi, pening mak nyah! Gambar-gambar romantis mereka berdua telah dimuat naik sendiri oleh Luna dan jelas sekali tidak menghiraukan kata-kata nista dan nestapa yang dilontarkan netizen. Ada juga netizen nakal mempersoalkan siapa pulak yang mengandung jika perkahwinan ini terjadi? Wah, kemain ya. Bersemut skrin komputer tau melihat kemesraan Luna dan tunang. Doakan sajalah yang baik-baik! - CARI
|
kakakau replied at 10-6-2019 12:11 PM
ok la tu. walaupun hidup melanggar fitrah tapi kawin still nak ikut fitrah. eh ke dah potong ?
mosti replied at 10-6-2019 02:37 PM
Camni baru bole mengandung.
ADVERTISEMENT