Beberapa hari lalu, pelakon Reza Hasbi mendedahkan dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon sehingga terpaksa meminta duit daripada keluarga. Situasinya itu menerima pelbagai reaksi netizen.
Foto IG: Reza Hasbi Ramai yang menyalahkan dan mempertikaikan caranya meminta bantuan zakat kerana beranggapan dia seorang pemalas dan hanya tahu bergantung harap dengan dunia hiburan. Enggan terus-menerus dihina netizen, Reza Hasbi berkongsikan pekerjaan sampingannya di kampung demi mencari sesuap nasi untuk keluarga. "Aku tak malu dengan kehidupan aku seperti mereka perkatakan. Walaupun aku artis, tapi aku sedar di mana aku dulu.
"Aku maafkan mereka yang menghina kehidupan aku. Ni masa aku tiada tawaran berlakon sebelum puasa hari tu. Aku ambil upah buat siling rumah orang. "Aku tak malu berpakaian seperti itu, aku tak malu badan bau ketia, aku cari rezeki demi anak isteri aku," ujarnya.
|
ADVERTISEMENT