Bagi yang menganjurkan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, menjadi satu kelaziman apabila tuan rumah bersalaman dengan tetamu yang hadir. Namun, tuan rumah sama ada lelaki atau wanita perlu berhati-hati agar tidak bersalaman dengan tetamu berlainan jantina yang bukan mahram mereka. Merujuk kepada fatwa yang disiarkan dalam laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, jumhur ulama termasuk dalam kalangan yang berpegang pada mazhab Syafie mengharamkan perbuatan bersalaman antara lelaki dan wanita bukan mahram. Mahram bermaksud lelaki atau wanita yang diharamkan bagi seseorang individu untuk berkahwin seperti ibu, bapa, adik beradik, anak serta ibu dan bapa mentua. Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri itu adalah bersandarkan kepada dua hadis yang bermaksud: 1. Muhammad bin Munkadir radiallahu anhu berkata, aku mendengar daripada Umaimah binti Ruqaiqah menceritakan: "Ketika aku datang bersama perempuan untuk membai'ah kepada Nabi SAW, lalu Baginda SAW bersabda, 'Aku bai'ah (perjanjian) kepada apa yang kalian mampu dan berupaya akan tetapi aku tidak berjabat tangan dengan wanita." (Riwayat Ibnu Majah) 2. Hadis daripada Saidatina Aishah radiallahu anha: "Demi Allah, tangan Rasulullah SAW tidak pernah disentuh oleh wanita (bukan mahram) sekali pun dalam bai'ah (perjanjian). Mereka hanya membai'ah dengan ucapan sahaja." (Riwayat Imam Bukhari) Mazhab Hambali dan Hanafi pula membenarkan bersalaman dengan orang tua yang tidak mendatangkan syahwat dan fitnah. Jika tetamu bukan mahram menghulurkan tangan kepada anda, bolehlah sampaikan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan ini agar mereka memahami dan tidak tersinggung apabila anda tidak bersalaman dengan mereka. - CARI
|
RatuDunia94: Ala kalau bersalam tu bukan terus rasa nk ajak berjmak pon..
ADVERTISEMENT