Siapa yang tidak geram apabila ada pihak yang dengan sengaja mengeksploitasi gambar orang lain untuk melariskan jualan sendiri. Itulah yang dilalui oleh pelakon Serina Redzuawan yang juga merupakan anak kepada chef selebriti terkenal, Chef Wan.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh Chef Wan di akaun Instagram miliknya mengatakan perasaan kecewa dan geramnya apabila penjual tersebut bukan sahaja enggan meminta maaf, malah boleh pula memarahi Serina apabila ditegur oleh anak perempuannya itu. Guna gambar Serina untuk melariskan karipap di Pasar Ramadan dan bersikap biadap selepas ditegur.. Berang dengan sikap peniaga itu, Chef Wan meminta Serina untuk membuat laporan polis dan mendapatkan khidmat peguam untuk menyaman peniaga tersebut. Tambah Chef Wan lagi, peniaga tersebut khabarnya telah pun bertahun melakukan perbuatan tersebut dan meminta orang ramai untuk tidak memberi sokongan kepada peniaga tersebut. Perkongsian Chef Wan itu mendapat reaksi daripada pengikut Chef Wan di media sosial tersebut yang rata-ratanya turut menyelar perbuatan tidak bertanggungjawab mereka. Apa nak jadi, sudahlah menggunakan gambar selebriti tanpa kebenaran, sudah tu dengan yakin dan beraninya peniaga tersebut marah tuan punya gambar. Nampaknya sikap tak malu dan tamak tu sudah terlampau menebal di dalam hati. Yakinnya kamu! -CARI
|
ADVERTISEMENT