CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Jahit Didenda RM3,500 Kerana Aibkan Anak Kenalan Di IG

31-5-2019 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7946| Komen: 25

Padah mengaibkan anak kenalan wanita di Instagram, tukang jahit diperintahkan mahkamah untuk membayar denda RM3,500, semalam, lapor BERNAMA.


Gambar Hiasan


Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamad Nadzreekusairi Shariff, 37, mengaku bersalah  di Mahkamah Majistret Ampang.

Mohamad Nadzreekusairi berdepan hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda itu. Namun, tertuduh dilaporkan telah membayarnya.

Difahamkan, antara 29 April hingga 30 April lalu, tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan wanita berusia 37 tahun hingga mengganggu kesantunan mangsa dengan memuat naik kenyataan di Instagram gambar anak mangsa menggunakan perkataan kesat di sebuah unit kondominium di Jalan Pandan Indah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Mohamad Nadzreekusairi sebelum ini merayu hukuman denda dikurangkan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap memandangkan dia bekerja sendiri dengan menjahit baju. 

Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Mengikut fakta kes, mangsa mengetahui perbuatan tertuduh selepas menerima mesej daripada seorang pengguna IG sebelum meminta Mohamad  Nadzreekusairi memadam status berkenaan.

Mangsa membuat laporan polis selepas tertuduh memadam gambar dan kapsyen itu, namun enggan berbuat demikian di IG storynya. - CARI
10

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pink_Purple 31-5-2019 12:28 PM
padan muka...

dkt nk raya 3k lebih tu sangat banyak bagi rakyat biasa
Quote Abot 31-5-2019 12:36 PM
lain kali jgn ikut emosi syaitan kak.  nk buat ape2 pk dlu 2 min ye.  sekian
Quote awaynepian 31-5-2019 12:47 PM
Lelaki kot..buat malu ja
Quote tumpanglalu74 31-5-2019 12:54 PM
2.png
3.png
4.png

Quote shernazz 31-5-2019 01:05 PM
Bespoke artisan konon
Choi .
Dh kena baru tau keje tu x menentu
Nnt topi.merah.pon kena gini.
Jaga jagaaa
Quote lattehazelnut 31-5-2019 01:19 PM
https://www.instagram.com/p/Bw3P3uMA3gt/?igshid=s2bd9xrxemkv
Yang ni ek.. da kje kau tukang jahit.. memang la kena jahit elok2..
Quote buapakperut 31-5-2019 01:53 PM
ape ceritenye?
Quote LadyCarefree 31-5-2019 01:57 PM
buapakperut replied at 31-5-2019 01:53 PM
ape ceritenye?

Tu lh pasal xtau ujung pangkal
Quote kucingitam 31-5-2019 02:12 PM
apa yang dia buat?
Quote Ali_x 31-5-2019 02:13 PM
Ni apa kes...nk tau gak..
Quote duri_durians 31-5-2019 02:24 PM
malaysia ni teruk betul customer service nye. dari retail sampai kedai makan sampai tukang jahit mcm ni pun jenis tak reti jaga mulut tak retii jaga customer.
Quote RikU 31-5-2019 02:28 PM
duri_durians replied at 31-5-2019 02:24 PM
malaysia ni teruk betul customer service nye. dari retail sampai kedai makan sampai tukang jahit mcm ...

Malaysia truly onion~
Quote arm_band 31-5-2019 03:21 PM
tak paham cerita apa ni..

apa si sotong ni upload kat ig dia?
Quote Muntz 31-5-2019 03:41 PM
RM3,500 tu dah tolak legal fees semua ker? Kalau belum, mmg rugi lah. Sia2 jah.
Quote rje 31-5-2019 04:20 PM
apa cerita ni??
Quote nononcrux 31-5-2019 04:40 PM
cari tak jumpe .. citer ape ni
Quote sfrnna 2-6-2019 06:31 PM
Masa baca awal2 tu ingat tukang jahit rakyat marhaen yg biasa2 je. Lepas stalk IG tu rupanya siap #fashiondesigner gituu.
Quote Vokuro 2-6-2019 08:25 PM
duri_durians replied at 31-5-2019 02:24 PM
malaysia ni teruk betul customer service nye. dari retail sampai kedai makan sampai tukang jahit mcm ...

Most of the time customer yang bodoh dan perangai macam babi. Akak tak pernah percaya dengan customer s always right ini.
Quote paz 2-6-2019 08:30 PM
Tak paham. Apa kisahnya ni?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.060313 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top