Bulan Ramadan akan berakhir tidak lama lagi dan kehadiran Syawal sudah semestinya disambut penuh meriah. Paling seronok mestilah menunggu juadah yang dihidangkan di pagi raya! Ketupat Ada banyak jenis ketupat yang popular di Malaysia, tapi ketupat palas yang penulis rasa paling sedap. Ketupat palas biasanya menggunakan daun palas untuk membalutnya dan diisi dengan beras pulut. Lemang Lemang antara juadah wajib yang mesti ada dan menjadi simbolik hari raya. Cara pembuatan lemang agak sukar sebab itu ia menjadi menu kegemaran ramai. Selalunya, lemang dimasak di dalam buluh yang diisi dengan santan dan beras pulut, lalu dibakar dengan kayu api. Mana pilihan anda antara lemang asli dengan lemang yang sudah diolah dalam pelbagai versi seperti lemang roket dan periuk kera? Rendang Jika kita makan lemang, lawan paling sesuai adalah rendang. Tidak kira daging atau ayam, rendang yang sedap terletak pada rasa kuahnya. Anda suka yang basah atau yang kering? Kuah lodeh Kuah berlemak ini sangat sedap dimakan bersama ketupat dan rendang. Kombinasi sayur kubis, kacang panjang, timun, lobak merah, tempe dan tauhu beserta kuah lemak ini paling sedap dimakan dengan ketupat dan lemang. Sambal goreng Selain kuah lodeh, sambal goreng boleh dimakan bersama nasi impit. Bagi penulis, sambal goreng paling sedap dimasak oleh orang Johor. Kuah kacang Kuah kacang lazimnya dihidangkan bersama sate, tetapi bila hari raya ia sedap dimakan bersama nasi impit dan sambal goreng. Sambal tumis udang Sambal tumis udang ini bukan sahaja boleh di makan dengan nasi putih, dengan nasi impit pun boleh. Rasa manis-manis udang itu pasti membuatkan anda ketagih. Ayam masak merah Ayam masak merah ni mudah untuk dimasak berbanding rendang, disebabkan itu juga ia menjadi pilihan utama di pagi raya bagi segelintir masyarakat. Nasi minyak Nasi minyak juga merupakan salah satu menu wajib hari raya. Bagi sesiapa yang tidak mahu makan lemang dan ketupat, boleh cuba makan rendang atau lauk-lauk lain seperti ayam masak merah bersama nasi minyak. Nasi dagang Selain nasi minyak, hidangan lengkap nasi dagang juga merupakan menu yang perlu ada di pagi raya di sebelah Timur. Barulah rasa suasana desa apabila pekena nasi dagang. Lain tempat, lain budaya dan hidangannya di pagi raya. Ada yang hidang selain makanan berikut di pagi raya? - CARI
|
kechikchomel replied at 31-5-2019 10:44 AM
soto.
orang bugis hidang buras/burasak. (ni kawan iolss la yang bagitau. dia bugis sabah)
top5complete replied at 31-5-2019 11:13 AM
saya pernah makan tuh di sabah haha
kivio replied at 31-5-2019 06:48 PM
Aik sambal tumis udang boleh jadi juadah raya ke
Igtkan makanan harian je
ADVERTISEMENT