Siapa sangka, John Rambo kembali beraksi menentang kejahatan pada usia yang tergolong dalam kategori warga emas. Watak lasak yang dilakonkan Sylvester Stallone, 72, itu akan mula bertemu kaki wayang di Amerika Syarikat pada 20 September ini menerusi francais kelima yang berjudul 'Rambo: Last Blood'. Memetik laporan New York Post, treler filem tersebut mula disiarkan pada 30 Mei dengan memaparkan kesinambungan kisah John Rambo yang merupakan veteran Perang Vietnam. Dalam filem-filem terdahulu, musuh-musuh Rambo terdiri daripada tentera Vietnam, Soviet Union dan Burma serta sheriff sebuah pekan kecil di Washington.
Kali ini, misi Rambo agak berbeza kerana dia menyeberang sempadan untuk memerangi kartel dadah Mexico yang kejam dan menyelamatkan anak perempuan sahabatnya yang diculik. Seperti biasa, aksi Rambo sentiasa disulami dengan tembakan dan letupan serta mayat-mayat musuh bergelimpangan. Dalam treler berkenaan, Rambo ada menyebut: "Sejak bertahun-tahun lalu aku menyimpan rahsia-rahsiaku - tetapi sudah tiba masanya untuk aku berdepan dengan masa silamku. Kematian semakin menghampiri." Dialog tersebut mencetuskan spekulasi sama ada 'Rambo: Last Blood' yang skripnya ditulis oleh Stallone sendiri dan diarahkan oleh Adrian Grunberg merupakan siri terakhir dalam francais berkenaan. Francais Rambo juga telah menjangkaui garis masa yang panjang bermula dengan Rambo: First Blood pada 1982, diikuti Rambo: First Blood Part II (1985), Rambo III (1988) dan Rambo (2008). Apa yang pasti, peminat-peminat John Rambo di Malaysia yang juga kebanyakannya agak berusia sudah tentu tidak sabar menunggu tayangan 'Rambo: Last Blood' di pawagam-pawagam tempatan. - CARI |
9
Bagus |
3
Marah |
4
Terkejut |
3
Sedih |
9
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nadie90: Gagah btul pkck ni...usia bkn hlgn nk brlkon filem aksi sbgni
Artemesiaa: Mesti ramai otai2 memenuhi panggung nanti
ADVERTISEMENT