|
Habis RM49,000 gara-gara panjat tangga! Akibat menyangka ianya adalah posisi tepat ketika menaiki tangga, seorang lelaki terjatuh hingga mengakibatkan tulang pinggulnya retak lalu terpaksa diwadkan hampir 3 minggu serta membayar berpuluh ribu ringgit akibat kecuaiannya.
Syed Akramin dalam statusnya di Twitter menjelaskan yang dia pernah berada dalam posisi dalam gambar iaitu berdiri di atas sekali untuk membuat kerja. Namun, nasibnya tidak baik kerana terjatuh lalu mengakibatkannya dibedah untuk diletakkan 'steel plating' pada tulang pinggulnya. Hanya kerana tidak tahu, ia membuatkan dirinya merana. Menunjukkan gambar X Ray sebelum dan selepas X Raynya, Syed meminta semua warganet agar berhati-hati kala menggunakan tangga. Ini kerana rupa-rupanya 2 tempat di atas tidak dibenarkan untuk dipijak. Ia sekadar tempat untuk bertahan semata-mata. Biarpun RM49,000 kos perubatan dibayar oleh insuran, namun kemalangan ini sebenarnya boleh dielakkan jika kita berhati-hati dan ambil tahu mengenai cara yang betul. Mungkin ada di antara kita yang pernah menggunakan tangga sebegini. Jadi diharapkan dengan perkongsian sebegini, kita mampu mengelakkan tragedi malang ini. - CARI |


Asdan replied at 21-6-2019 03:47 PM
tumpang tanya, apa jenama tangga aluminium tahan & murah ?

masa nk raya baru ni aku nk tukar fluorescent light ..tinggi sgt siling..pastu letak kerusi dan tong cat atas kerusi tu..terjengket2 jgak tukar berjaya. tup2 nk turun bergoyang tong tak balance nk jatuh aku terus tolak dan berpaut pada petiais sebelah dia..haha bedegang bunyik benda jatuh..anak aku yg tidur kelam kabut ke dapo tgk apa yg jatuh..dia igt mak dia ni yg jatuh..dah tu aku gerak di tolong tknk..dia panjat kerusi dh cukup sbab sedia tinggi..aku tk sampi. kalu tak mau aku terhentak kat lantai dan tak dpt beraya..alhamdulillah. mujur ada petais penyelamat.
ADVERTISEMENT