CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jho Low Nafi Terlibat Skandal Seks K-Pop, Terima Layanan Pelacur

30-5-2019 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1713| Komen: 0|Original author: Oleh: Myra Rozi

Jho Low nafi terlibat dalam skandal seks dan pelacuran membabitkan Pengarah Urusan YG Entertainment, Yang Hyun Suk.

Jurucakap Jho Low di Amerika Syarikat menyatakan, “Tuan Low adalah sahabat kepada PSY dan mengenali Hyun Suk menerusi penyanyi popular itu. Tuan Low tidak pernah terlibat seperti yang dituduh oleh sebuah program penyiasatan di Korea Selatan, ‘Straight’.'


Sebelum ini konsert di Pulau Pinang yang menyaksikan PSY membuat persembahan pada tahun 2013 dipercayai menerima dana daripada Jho Low.

Hyun Suk (kiri), Jho Low (kanan), Kredit foto:


Straight melaporkan melaporkan Jho Low bersama seorang lagi ahli perniagaan dari Thailand telah menerima layanan seks yang disediakan Hyun Suk, pada Julai 2014.


Seramai  25 wanita, lebih 10 orang pelacur dari kelab melibatkan YG dan lapan orang lelaki hadir pada majlis tersebut.

"Majlis dihadiri hartawan dari luar negara, jadi penganjur memerlukan orang yang boleh mentafsir bahasa Inggeris, jadi disebabkan Hwang Ha-Na dari Amerika Syarikat, mereka telah menjemput dia."

Wartawan berkenaan juga mendedahkan  seorang taikun wanita digelar ‘Madam Chung’ yang membekalkan pelacur untuk majlis makan malam dihadiri Jho Low.

Madam Chung didakwa mempunyai hubungan erat dengan Hyun Suk dan beberapa ahli politik berpengaruh Korea Selatan.

Astro Awani menyatakan,  Jho Low ini dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal pelacuran dan penyalahgunaan dadah di kelab malam mewah Burning Sun, yang dimiliki oleh Seungri, bekas ahli kumpulan K-Pop terkenal, Big Bang, yang bernaung di bawah YG Entertainment. -CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.091181 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top