Pelakon Rashidi Ishak meluahkan rasa sedih menyambut Ramadan berseorangan diri buat kali pertama setelah bergelar duda. Bagaimanapun perkara itu tidaklah sesukar mana, kerana dia sudah pernah melaluinya semasa bujang.
"Sudah semestinya perasaan sedih dah suasana menyambut Ramadan kali ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana sekarang saya hidup single," katanya kepada mStar. "Cuma sebelum berkahwin pun saya pernah merasa hidup bersendirian juga" "Sepanjang bulan puasa ini saya sentiasa sibuk dengan kerja. Ia sudah memasuki bulan ketiga bisnes minyak wangi saya dan Alhamdulillah mendapat sambutan yang baik dari pelanggan," katanya lagi
"Vanidah juga sibuk dengan aktiviti dia dan anak-anak pula tinggal dengan bekas isteri" "saya sendiri berpeluang berbuka puasa dengan anak-anak baru dua kali. Insyallah saya akan cari lebih masa untuk kami berbuka bersama," katanya Rashidi bercerai dengan Vanidah Imran pada 9 Ogos tahun lalu kerana tidak mampu menjadi imam yang baik. Mereka telah berkahwin pada Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata. -CARI |
ADVERTISEMENT