CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam Ibu Saudara

29-9-2013 06:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3465| Komen: 16


Mangsa kini menerima rawatan lanjut di HTAN, Kuala Pilah

JEMPOL - Ibu kepada dua cahaya mata cedera parah di bahagian belakang badan setelah ditikam anak saudaranya yang kurang siuman di kediamannya berhampiran Pekan Bahau awal pagi, semalam.

Bapa suspek yang enggan dikenali bagaimanapun tidak menyangka anaknya berusia 27 itu bertindak sedemikian terhadap wanita berusia 44 tahun itu.

Menurut bapa suspek yang berusia 58 tahun itu, dia menyedari anaknya keluar rumah ketika bangun pada jam 6 pagi untuk menunaikan solat Subuh.

Katanya, ketika itu, dia terdengar bunyi enjin motosikalnya dihidupkan dan kebiasaan anaknya akan keluar awal pagi untuk membeli sarapan di kedai berhampiran.

"Namun selang beberapa minit abang ipar saya yang tinggal di belakang rumah datang memaklumkan anak saya menikam ibu saudaranya di bahagian belakang, namun senjata apa digunakan saya tidak pasti.

"Saya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati belakang badan kakak ipar saya berlumuran darah. Saya terus menghantarnya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah (HTAN)," katanya.

Menurutnya, keadaan kakak iparnya itu stabil dan dimaklumkan berada dalam bilik bedah tengah hari  semalam.

Katanya, dia sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Bahau pada jam 8.40 pagi.

Ketika mengulas lanjut perwatakan anaknya itu, dia memaklumkan anaknya tidak sempat mengambil peperiksaan akhir semasa menuntut di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Kedah akibat sakit antara tahun 2006-2007.

“Perwatakan dia kadangkala riang, suka ketawa, kemudian pendiam, begitulah dia. Dia pernah menjadi pelajar terbaik ketika belajar di sebuah Kolej dekat sini, sebelum melanjutkan pelajaran di Politeknik," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan, Tukiman Seriman yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sudah menahan suspek lebih kurang jam 4.15 petang semalam, di sebuah rumah di Felda Raja Alias Dua.


Bagus
10

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
9

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pailang 28-9-2013 05:19 PM
xtahu lah nak ckp ape..




Quote jazaa001 28-9-2013 05:20 PM
Ada bisikan suruh tikam le tu.......


Quote bianglala 28-9-2013 05:21 PM
pernah bawa jumpa doktor psikiatri ke tak anak pakcik ni... hmm.
Quote melzal 28-9-2013 05:28 PM
Ada sesetgh yg x betul ni asalnya bdk2 pandai2...knape bleh jd mcm tu ye
Quote noor2 28-9-2013 05:41 PM
dah tahu kurang siuman...hantarla ke pusat org2 gila..
Quote maxim 28-9-2013 05:41 PM
byk sgt stdy kot...sampai sewel
Quote lilacomot 28-9-2013 05:43 PM
tekanan sgt ke dakni smpai nk menikam bagai
Quote md_nana 28-9-2013 06:23 PM
Jiran aku ni pon kurang siuman.
Selalu dia Kate dgr bisikan.
Baru je bakar Rumah hari tu. Abes rentung umahnya.
Mengamok jgn citelah. Dah puas aku menggigil.
Tp bl suruh polis tangkap, sejam pastu, dilepaskan.

Aku siap ckp kat polis, nk tggu sy mati dibunuh ke, br nk tgkp?
Quote miawpink 28-9-2013 06:26 PM
md_nana posted on 28-9-2013 06:23 PM
Jiran aku ni pon kurang siuman.
Selalu dia Kate dgr bisikan.
Baru je bakar Rumah hari tu. Abes ren ...

sekarang berjiran lagi ke?
da rumah rentung dia duduk mana?
takut nya dapat jiran macam tu
Quote cadarblogsot 28-9-2013 06:38 PM
melzal posted on 28-9-2013 05:28 PM
Ada sesetgh yg x betul ni asalnya bdk2 pandai2...knape bleh jd mcm tu ye

Itulh pasal... kena kaji balik.. stress nk maintain credit kot
Quote mak_wa95 28-9-2013 09:58 PM
penagih dadah ke
Quote melzal 29-9-2013 01:25 AM
cadarblogsot posted on 28-9-2013 06:38 PM
Itulh pasal... kena kaji balik.. stress nk maintain credit kot

Syg kan...sepatutnya yg pandai2 ni la harapan negara....apa2 pun buat apa yg kita termampu..kita je tahu apa yg kita mampu buat. Kalu x dpt tu x pyah nak paksa2 diri
Quote md_nana 29-9-2013 09:22 AM
miawpink posted on 28-9-2013 06:26 PM
sekarang berjiran lagi ke?
da rumah rentung dia duduk mana?
takut nya dapat jiran macam tu

Masih lg....
da org x baper nk btol kan, umah tebako pon dia dok lg....


Quote miawpink 29-9-2013 12:04 PM
md_nana posted on 29-9-2013 09:22 AM
Masih lg....
da org x baper nk btol kan, umah tebako pon dia dok lg....

Memang dia x siuman la tu
umah terbakor pun duduk lg...
Hati hati ye ngan dia
Quote md_nana 29-9-2013 12:36 PM
miawpink posted on 29-9-2013 12:04 PM
Memang dia x siuman la tu
umah terbakor pun duduk lg...
Hati hati ye ngan dia

Hati2 jugak.
polis x Leh tgkp since hospital Kate dia siuman.
so, tabah je la....
Quote nurul_akmar 29-9-2013 11:21 PM
allah. kesiannya.kena bawak g psikiatri ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.050212 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top