Sikap segelintir peminat K-Pop hari ini semakin membimbangkan. Terlalu obses hingga sanggup mengeluarkan kata-kata berupa ugutan bunuh!
Gara-gara memuat naik gambar suntingan bersama seorang anggota kumpulan BTS, Namjoon, penyampai radio ERA, Hani Fadzil dihujani mesej berbaur ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.
"Menjadi peminat K-Pop hampir 12 tahun, saya terkejut dengan segelintir peminat K-Pop hari ini. "Ada yang nak tumbuk saya sampai mati? Saya edit gambar untuk suka-suka je. Tak sangka sampai ada yang triggered," tulisnya. Menerusi postingnya itu, Hani sertakan sekali beberapa paparan skrin perbualan berkumpulan di aplikasi WhatsApp. Bimbang dengan keselamatan dirinya, Hani memaklumkan akan membuat laporan berhubung isu berkenaan selain meminta orang ramai berhati-hati. Fuh, menakutkan betul peminat susah mati K-Pop sekarang! Siap ada yang nak menumbuk, menendang dan menampar Hani sampai mati.
Ilmu apa yang orang sana pakai untuk memukau orang kita sampai obses begitu sekali? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|