CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Misteri Hilang Di Celah Dinding

29-9-2013 06:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9530| Komen: 85

Description: Sungai Nibong - Pengalaman Terserempak Dengan Wanita Berpakaian Kilang Dan Kemudiannya Menghilangkan Diri Di Celah Dinding Mungkin Tidak Dapat Dilupakan Seorang Lelaki.
SUNGAI NIBONG - Pengalaman terserempak dengan wanita berpakaian kilang dan kemudiannya menghilangkan diri di celah dinding mungkin tidak dapat dilupakan seorang lelaki.

Dia yang dikenali dengan nama Azim berkongsi kisah berkenaan kepada Sinar Harian.

Azim berkata, kejadian berlaku ketika dia memandu di bawah jejantas Sungai Nibong kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, ketika itulah dia terpandang wanita berpakaian kilang duduk di atas batu dengan wajahnya yang begitu muram.

“Tanpa ragu-ragu saya pun terus ingin bertanya jika dia (wanita) perlukan bantuan, dan ketika saya baru hendak berjalan menuju ke arahnya serta merta dia masuk di celah dinding jejantas berkenaan.

“Pada mulanya saya terkejut kenapa dia lari dan bergegas saya mengejarnya kerana bimbang keadaan yang amat gelap di situ, tetapi alangkah terkejutnya saya apabila ternampak ruang berkenaan begitu sempit iaitu sebesar ibu jari saya saja,” katanya kepada Sinar Harian.


Azim merakamkan lokasinya bertemu dengan wanita berpakaian kilang dan hilang di celah lubang kecil.

Kejadian itu terus membelenggu dalam ingatan Azim sehingga kini.

Sama seperti Azim, rakannya, Zul turut melalui pengalaman yang sama ketika jam 3 pagi apabila terserempak dengan wanita berpakaian kilang sama seperti yang dilihat Azim.

Zul berkata, dia terserempak dengan wanita itu setiap tiga malam berturut-turut dan pada masa yang hampir sama.

“Hari ketiga saya bertekad untuk memandang mukanya, apabila saya nampak mukanya, ada raut persis wanita Indonesia tapi dalam keadaan yang amat sugul dan menyedihkan, apa lagi, terus saya memandu laju,” katanya.

Ketika berkongsi kisah berkenaan dengan rakan-rakan yang lain, lokasi berkenaan dipercayai menjadi kawasan panas kemalangan jalan raya.

Ada yang beritahu ada kanak-kanak sekolah yang dilanggar beberapa kali di situ hingga menemui ajal.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 29-9-2013 09:33 AM
Antu ler tu.
Quote highcastle 29-9-2013 09:37 AM
Aku pernah terserempak Ayam Dinding..
Quote md_nana 29-9-2013 09:40 AM
Pggl uncle seekers dan adik2nya buat pencari an entities.
Quote jaa139 29-9-2013 10:01 AM
benda lain aku taknak komen..aku nak komen wanita berpakaian kilang..apeke boleh pakai kilang?? ayat indon caprut apakah wanita boleh berpakaian kilang? bukan wanita berpakaian uniform / seragam kilang ke? haissh ayat surat khabar... Last edited by jaa139 on 29-9-2013 10:02 AM

Quote kuya 29-9-2013 10:01 AM
singai nibong mana ni?....
Quote ladygempak 29-9-2013 10:07 AM
md_nana posted on 29-9-2013 09:40 AM
Pggl uncle seekers dan adik2nya buat pencari an entities.


betul2x...cer panggil dorang...buat siasatan...pastu lapor kat sini...nnt boleh pindah kisah ni ke bod seram sejuk...
aku tumpang baca...
Quote encikWawad 29-9-2013 10:11 AM
seriusly - cerita mastikap gini kuar sokabar arus perdana? yennaaaa-
Quote purpledesire 29-9-2013 10:16 AM
cerita hantu ker nie.?
Quote ~boolean 29-9-2013 10:21 AM
sinar pun sekarang dah bertaraf metro....
Quote degil81 29-9-2013 10:24 AM
ntah2 antu tu mntak tolong..agaknya dia mati tersepit kat celah2 dinding..baik pegi check
Quote AbukRokok 29-9-2013 10:25 AM
Cer cek ntah2 jumpa rangka situ
Quote AdamBillionaire 29-9-2013 10:28 AM
urm. menurut firasat aku, sinar harian bakal jadi majalah mastika tidak lama lg
Quote baby_pingu 29-9-2013 10:35 AM
neh jejantas mana neh?
tgk gambar cam yg kat depan stesen minyak shell itu kah?
Quote rospinki 29-9-2013 10:36 AM
Aku percaya
Quote edee_91 29-9-2013 10:38 AM
variasari in the making.
Quote MissNigga 29-9-2013 10:41 AM
Unrest soul???
Quote apan 29-9-2013 10:45 AM
Cite antu le pulak......
Quote susano 29-9-2013 10:47 AM
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.....................
Quote reddots 29-9-2013 10:53 AM
Raut PERSIS wanita indonesia.....lol

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.100168 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top