CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Tip Buat Biskut Raya Untuk Mereka Yang Setahun Sekali 'Buka' Oven

30-5-2019 10:36 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 26175| Komen: 9|Original author: Oleh: natrahn

Hari raya akan tiba tidak lama lagi. Ibu-ibu pasti sibuk membuat kelengkapan hari raya pada minggu-minggu terakhir puasa ini. Sebahagian ibu-ibu membeli sahaja kuih raya yang banyak dijual di pasaran. Sebahagiannya pula memilih untuk membuat sendiri kuih raya.

Puan Lynn Hassan merupakan seorang pembuat kek dan biskut raya yang popular di media sosial telah berkongsi tip untuk membuat biskut raya terutamanya buat individu yang jarang membuat biskut raya atau setahun sekali 'buka oven'.

Beliau telah berkongsi tip tersebut menerusi hantaran di laman sosial Facebook dan hantaran tersebut telah dikongsi sebanyak 97 kali setakat artikel ini ditulis. Tips yang dikongsi berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh individu yang kali pertama membuat biskut raya dan juga individu yang tidak dapat hasil kuih raya 'jadi' sebelum ini.


Tipnya adalah seperti berikut:

1. Cara Membancuh Adunan Untuk Membuat Biskut

  • Timbang kesemua bahan biskut terlebih dahulu 
  • Kemudian masukkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan dan putar sehingga kesemua bahan telah sebati.
  • Rehatkan adunan dalam peti sejuk/chiller sekurang-kurangnya 15 minit. Tujuannya untuk mengelakkan biskut kembang.

2. Suhu dan masa

  • Suhu untuk membakar biskut lazimnya sama seperti untuk membakar kek bergantung pada jenis oven. Lazimnya suhunya ialah 150/160/170 darjah celcius.
  • Tempoh masa untuk membakar aduan adalah bergantung pada saiz dan tebal biskut. 
  • Untuk biskut tahan berbulan, terutamanya biskut yang dijual secara komersial,  tipsnya adalah membakar biskut dengan suhu rendah dengan masa yang lebih lama untuk menjamin ketahanan biskut dari cepat rosak dan mengekalkan rasanya.

3. Alas Dulang Pembakar
  • Alas dulang pembakar tidak perlu digunakan untuk adunan biskut yang mengandungi kandungan mentega yang mencukupi.
  • Apabila biskut dikeluarkan dari ketuhar, rehatkan biskut yang masih berada dalam dulang pembakar tersebut. Apabila biskut dalam keadaan suam, baru lah tanggalkan biskut dari dulang pembakar.
  • Elakkan menggunakan dulang pembakar berwarna hitam kerana warna hitam menyerap lebih banyak haba. 
  • Sila beli dulang pembakar dari kedai menjual peralatan kek dan biskut.

4. Coklat untuk celup biskut dan lorek
  • Coklat masakan dan coklat compound berbeza . Untuk biskut raya guna, coklat yang sesuai digunakan ialah coklat masakan kerana ia mudah dicairkan dan disetkan pada suhu bilik.
  • Tambahkan sedikit cocoa butter untuk coklat cepat kering dan tahan. 
  • Puan Lyn Hassan gemar menggunakan coklat masakan jenama KC Candy kerana ia senang nak dicairkan dan disetkan pada suhu bilik. Begitu juga coklat masakan putih dari jenama yang sama.

5. Jenis Mentega

  • Untuk membuat  biskut, jenama mentega yang sesuai ialah jenis mentega blend  seperti Buttercup, Butterlite dan Farm Cow.
  • Penggunaan butter flavour pula adalah bertujuan untuk menyerlahkan rasa biskut.
  • Penggunaan mentega tulen seperti SCS dan Anchor adalah lebih sesuai untuk dibuat di rumah. Semasa Puan Lynn Hassan belajar membuat kek dan biskut dahulu, guru beliau memaklumkan bahawa penggunaan mentega tulen ini akan menyebabkan biskut tidak tahan lama kerana kandungan cecair yang tinggi dalam mentega tersebut.

6. Keju

  • Keju untuk parutan di atas kek dan biskut mestilah yang tidak cair apabila dibakar.
  • Keju dari jenama Kraft amat sesuai digunakan untuk tujuan ini dan menurut Puan Lyn Hassan tahun ini harganya agak mahal.

Akhir kata, Puan Lynn Hassan mengucapkan selamat maju jaya pada sesiapa yang ingin mencuba untuk membuat biskut raya pada tahun ini. -CARI

Kredit : Baked by Lynnhassan

6

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote violetungu 30-5-2019 12:46 PM
Baru hbs je buat kuih semperit klasik semalam,first time buat mcm nk patah tgn ja buat..bila tekan hbs bentuk bunga patah2.bila mkn sedap mmg rs mcm biskut dulu2..

Buat biskut semperit susu smooth ja tekan..byk benda yang tak betul nak kena belajar lg.
Quote natrahn 30-5-2019 02:49 PM
violetungu replied at 30-5-2019 12:46 PM
Baru hbs je buat kuih semperit klasik semalam,first time buat mcm nk patah tgn ja buat..bila tekan h ...

takpa... pengalaman tu penting sis..lepas ni mesti terer... biskut semperit mesti sedap. cair di mulut gemuk di perut.
Quote Megikari 30-5-2019 07:13 PM
Dalam family, i kira paling terer masak lauk pauk. Tapi bila bab baking memang fail teruk kategori 9G punya fail. Biskut ke kek memang bantat punya la. Mak i sendiri gelakkan i punya cubaan buat biskut {:laugh
Quote vee_zara 31-5-2019 12:02 AM
Tahun ni i buat biskut raya guna air fryer je. Sonang tak yah nak lenser tray bagai. Susun elok2 je atas bakul airfryer tu.
Quote ninjago 31-5-2019 03:53 PM
Megikari replied at 30-5-2019 06:13 PM
Dalam family, i kira paling terer masak lauk pauk. Tapi bila bab baking memang fail teruk kategori 9 ...

eh samalah kita. bab masak mmg terer, tapi bab baking terus ke laut. cuba nak minat tapi dah asyik tak jadi je malas dah.

tapi nie nt nak try balik.. ada anak dara 2 org, dorg tengah syok pasal benda2 diy nie.. kasi dorg experience buat kuih ngan mak dorg.. besok2 dah besar bole dikenang2 semula yg penting jgn bantat, jgn keras, jgn hangus sudah..
Quote natrahn 31-5-2019 05:47 PM
vee_zara replied at 31-5-2019 12:02 AM
Tahun ni i buat biskut raya guna air fryer je. Sonang tak yah nak lenser tray bagai. Susun elok2 je  ...

wahhhh boleh eh..
Quote vee_zara 31-5-2019 08:50 PM
natrahn replied at 31-5-2019 05:47 PM
wahhhh boleh eh..

Boleh u.. lg senang..i buat almond london and honey cornflake. Easy peasy
Quote chentadearhati 1-6-2019 12:37 PM
vee_zara: Boleh u.. lg senang..i buat almond london and honey cornflake. Easy peasy


Berapa suhu n masa buat honey cornflake Tu?
Quote akumakanhati 2-6-2019 05:43 AM
chentadearhati: Berapa suhu n masa buat honey cornflake Tu?

Nakkk belajar jugak boleh share x

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.121113 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top