Bekas ratu cantik hina Islam dalam poster ANTWERP 28 Sept. - Pereka kasut terkemuka, Christian Louboutin hari ini memohon perintah injunksi agar satu kempen anti-Islam dihentikan, selepas mendapati produknya digunakan dalam poster kempen itu. Bekas Ratu Cantik Belgium 1991, Anke Van Dermeersch (gambar) yang juga Senator dari Parti Vlaams Belang, kini giat menjalankan kempen menentang pendatang asing terutamanya orang Islam. Dalam poster kempennya yang bertajuk 'Wanita menentang Keislaman', Van Dermeersch dilihat memakai sepasang kasut tinggi Louboutin hitam dengan tapak berwarna merah, sambil mengangkat skirt berwarna hitam yang dipakainya. Ia jelas menunjukkan bahagian kaki Senator itu yang tertera perkataan menghina Islam antaranya perkara berkaitan 'kesesuaian Syariah' diletakkan di paras buku lali, manakala 'hukuman merejam' di bahagian paha. Van Dermeersch yang tampil ke mahkamah Antwerp hari ini, turut dilihat memakai kasut sama seperti digunakan dalam poster kempen anti-Islam tersebut. Louboutin yang menjalankan perniagaan beribu pejabat di Paris mendakwa, poster itu menjejaskan imej jenama kasut mewahnya yang turut dipakai oleh bintang terkenal seperti Victoria Beckham, Rihanna, Kim Kardashian dan Kate Moss. - AGENSI
|
2
Bagus |
8
Marah |
4
Terkejut |
1
Sedih |
7
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
solstice posted on 29-9-2013 04:00 PM
Dulu world peace mnjadi magic word utk peserta2 ratu cantik dlm q&a
Sikit2 wish for world peace
Tp ...
ADVERTISEMENT