Padah curang, seorang lelaki dibelasah dengan kekasihnya yang juga seorang pondan. Kejadian yang berlaku di Jalan Besar, di Kuantan, pada jam 12.30 tengah hari itu menyaksikan mangsa kantoi bermain cinta dengan pondan lain di hotel.
Harian Metro melaporkan, kekasih pondannya itu meminta penjelasan sebelum mangsa ditumbuk dan ditendang beberapa kali. Sumber berkata, “Suspek dipercayai tidak berpuas hati dengan mangsa kerana curang dengannya selepas hampir setahun menjalinkan hubungan cinta. “Ketika perbincangan antara mereka berlangsung, berlaku pergelutan menyebabkan mangsa cedera dipukul.” Suspek juga mengambil kembali handphone milik mangsa yang dipercayai hadiah pemberian suspek kepada lelaki tersebut.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan. Kes disiasat mengikut Seksyen 322 Kanun Keseksaan kerana menyakiti orang lain dengan sengaja. -CARI
|
giyomi replied at 28-5-2019 10:54 AM
patut lar si julin x dpt laki, semua laki dah disambar nyah. tp kebanyakkan jantan yg hadap dgn nyah ...
ADVERTISEMENT