CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lesap Macam Tu Je, Rumah Kena Lelong Tanpa Pengetahuan

28-5-2019 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 14582| Komen: 81

Bayangkan kediaman banglo milik anda tiba-tiba sahaja dilelong tanpa pengetahuan, malah anda diarahkan untuk mengosongkannya. 

Itu yang terjadi kepada pasangan suami isteri warga emas apabila banglo milik mereka dijual kepada pemilik baharu dengan harga di bawah pasaran iaitu RM1.44 juta.


Memetik laporan Harian Metro, pesara kerajaan yang dikenali sebagai Asmah, 64 mereka sekeluarga kini berasa tertekan di kala umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut hari raya. 

“Kami sedih tidak tahu hendak ke mana, tambahan lagi raya akan tiba tidak lama lagi.

“Hidup kami tertekan selain terpaksa menanggung malu untuk berdepan dengan orang sekeliling yang sering bertanya tentang rumah kami yang kena lelong,” katanya. 

Katanya lagi, lelongan kediamannya di Seksyen 4 Shah Alam itu turut dilakukan dengan tidak mengikut prosedur sebenar. 

Kredit foto: Harian Metro


“Mereka melelong rumah saya tanpa pengetahuan saya, malah lelongan berlaku di Mahkamah Jalan Duta yang sepatutnya proses itu dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

“Lebih menghairankan kenapa ketika proses lelongan itu berlangsung hanya seorang pembida saja datang dan dia mampu membayar jumlah harga lelongan itu secara tunai tanpa sebarang pinjaman,” katanya lagi. 

“Apa yang mencurigakan seolah-olah wujud pakatan dengan peguam supaya tidak menghantar notis pemberitahuan hadir ke mahkamah, 7 Januari lalu bagi prosiding perbicaraan keempat sedangkan saya ada di rumah sepanjang masa.

“Saya ada berunding dengan pihak bank yang terletak di Jalan Pudu, tetapi mereka menutup peluang rundingan dan berkeras mahu kami menjelaskan keseluruhan RM200,000 itu jika tidak pinjaman terbatal dan rumah akan dilelong.

“Ini cara kotor dan kejam, saya harap pihak berkuasa siasat pegawai bank itu kerana syak mereka sengaja menganiaya saya walaupun pemeriksaan lanjut dengan PTG mendapati geran hartanah itu masih atas nama saya dan anak,” katanya yang turut kecewa kerana rumah itu dijual lebih rendah dari nilai pasaran sebenar RM3 juta. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • matchstick


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 28-5-2019 04:41 PM
maksudnya tak byr hutang bank la... bkn tak tahu
Quote kucingitam 28-5-2019 04:42 PM
kesiannya...apa kes lah tetiba kena lelong camni
Quote Asdan 28-5-2019 04:48 PM

mahkamah lelong biasanya hartanah dah ada geran
Quote putericahaya999 28-5-2019 04:49 PM
Berapa lama tertunggak tu
Quote boojaat 28-5-2019 04:54 PM
Biasa bank hantar notis lelong kalau x byr loan 6bln... Xkan la x sedar diri x byr loan selama 6bln lepas tu cakap x tau rumah d lelong... Pembeli tu mungkin dpt maklumat dr bank or lawyer yg rumah tu akan d lelong tarikh sekian2... Biasa bank akan tampal notis dan tarikh utk rumah di lelong... Dan dh sedia maklum pun boleh jer kalau nak byr cash.. Pjg pulak i membebel
Quote Asdan 28-5-2019 04:54 PM

tanya sikit, lelong - tunggakan = 1.44 - 0.2 = 1.24 juta, siapa dapat 1.24 juta ini ?
Quote MissVixen 28-5-2019 04:58 PM
Tak bayar loan lepas tu nak buat2 blur pula.
Quote zuri154 28-5-2019 04:59 PM
Asdan replied at 28-5-2019 04:54 PM
tanya sikit, lelong - tunggakan = 1.44 - 0.2 = 1.24 juta, siapa dapat 1.24 juta ini ?

owner la dapat setelah ditolak semua baki hutang di bank.
Quote zuri154 28-5-2019 05:01 PM
bank di jln pudu setahu meols tu maybank
Quote harizs 28-5-2019 05:06 PM
Mungkin peguam dah berpakat dgn buyer baru di belakang tabir
Quote cikguvina 28-5-2019 05:06 PM
Mcm kes mak Cik Honda tu jugak ke
Quote huJanBaTu 28-5-2019 05:12 PM
maksudnya owner ada tunggakan dengan bank? kemudian bank lelong rumah tanpa pengetahuan owner? ini kah maksud acik ni? alahai tinggal lagi 200k je tu.. rumah pon value dah 3 juta.
kesian nya.. dah tua2 rumah kene lelong. mana arah nak pergi tu.. harap ada la rumah kedua ( yg dh settle byr)
mesti sedih dan stress.
Quote Asdan 28-5-2019 05:15 PM
zuri154 replied at 28-5-2019 04:59 PM
owner la dapat setelah ditolak semua baki hutang di bank.

kalau harga lelong tak cukup bayar loan balance, masih kena bayar bank kan ?
Quote xtahumenahu 28-5-2019 05:16 PM
Setahu sy...rumah hanya akan dilelong di mahkamah sekiranya tiada pembida setelah 3 kali lelongan di pej tanah...

Sebelum dilelong, pemilik akan dipanggil bersama2 pihak bank bagi mendapatkan justifikasi pembayaran dan kebiasaannya peguam akan mencadangkan lelongan sebab tunggakan ada interest harian...x termasuk legal fee lagi....jadi..kalau jumlah tunggakan+interest dah terlalu tinggi, baik lelong...kalau x dpt jual rumah tu
Quote sub5zero 28-5-2019 05:26 PM
Asdan replied at 28-5-2019 05:15 PM
kalau harga lelong tak cukup bayar loan balance, masih kena bayar bank kan ?

Ya, kena bayar la x bayar kalu blh kna bankruptcy klau loan bal >50k...tp lelong ni byk tricks nk kna belajar.....silap2 owner blh untung lipat ganda
Quote Asdan 28-5-2019 05:47 PM
sub5zero replied at 28-5-2019 05:26 PM
Ya, kena bayar la x bayar kalu blh kna bankruptcy klau loan bal >50k...tp lelong ni byk tricks nk  ...

harga pembida tertinggi biasanya harga pasaran, baik jual kalau nak untung,
Quote tagas 28-5-2019 05:53 PM
da bleh berkemas2 angkat brg ape yg patut

jenuh la owner umah baru tu esok

jd 1 kije lak nak menghalau nye
Quote Pink_Purple 28-5-2019 05:55 PM
siannya acik,         
Quote sitikil 28-5-2019 05:56 PM
sudah2 la tu kencing orang wahai penyokong PH lanun semua ni

dah kau tak bayar bank, bank lelong la harta kau

lain kali ikut cara tuan2 kau, jual semua harta negara, angkat itu duit buat enjoy iftar ada gitar band bunga api joget lambak semua



Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.219421 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top