Kaum isteri ni panjang akal kalau terdesak lebih-lebih lagi yang melibatkan suami mereka. Kalau tak percaya, cubalah uji mereka, anda akan akan terkejut betapa kreatifnya wanita menyelesaikan masalah.
Jabatan Imigresen Kuala Lumpur baru-baru ni membongkar, secara purata mereka terima lebih dari 100 aduan atau permohonan para isteri setiap bulan yang menggesa pihak mereka membuat serbuan di kelab-kelab hiburan. Memetik laporan Harian Metro, isteri-isteri ini khasnya suri rumah sudah tidak tahan dengan perangai suami yang suka berkunjung ke premis hiburan setiap malam. Pengarah JIM Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata, "Secara purata, kami menerima lebih 100 aduan setiap bulan sejak Januari hingga Disember tahun lalu menjadikan jumlah keseluruhan 1,387 aduan sepanjang tempoh berkenaan berbanding 792 aduan pada 2017.
"Bagi tempoh Januari hingga April lalu, kami menerima 449 aduan menerusi pelbagai saluran iaitu panggilan telefon, surat layang, emel, mesej ke saluran rasmi dan biro aduan rasmi JIM Kuala Lumpur," katanya kepada Hmetro. Mereka beranggap suami mereka sudah terjerat dengan pancingan GRO warga asing sehingga terjebak dalam hubungan terlarang yang membahayakan kesihatan mereka sekeluarga serta mengabaikan keluarga. Tapi menurut Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, sudah banyak serbuan dilakukan dan tidak kurang tindakan telah diambil namun masih ramai warga asing terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu. Marilah kita mendoakan para suami yang terlibat kegiatan ini supaya Allah membukakan hati mereka untuk insaf dan kembali kepada keluarga.- CARI |
Ali_x replied at 28-5-2019 07:56 PM
Tu dia...org kawin ko pun nak kawin..bila dah kawin perangai bujang tu xnk lepas..me time la kunun
Ali_x replied at 28-5-2019 11:56 AM
Tu dia...org kawin ko pun nak kawin..bila dah kawin perangai bujang tu xnk lepas..me time la kunun
nenekglamer replied at 28-5-2019 12:01 PM
Kawin satu or kawin banyak masih xboleh elak zina ye? One, two, three, four p*p*k mcm not enough to ...
ADVERTISEMENT