CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rambut Panjang 2 Kaki, Rapunzel Jantan Jadi Bahan Ejekan Masyarakat

28-5-2019 12:16 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 10701| Komen: 52|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Cristiano Braga menjadi mangsa ejekan kerana rambutnya yang panjang menyebabkan dia kelihatan seperti seorang wanita. Kredit foto: Cristiano Braga


Kebiasaannya orang lelaki yang berambut panjang menyimpannya setakat paras bahu mereka sahaja dan ramai yang lebih selesa dengan rambut pendek.

Namun, seorang model lelaki dari Brazil, Cristiano Braga, 28, melakukan sesuatu yang berbeza dengan menyimpan rambutnya sehingga sepanjang 2 kaki atau 0.6 meter.

Malangnya, memetik laporan Mirror pada 23 Mei, rambut yang disimpannya selama tujuh tahun itu menyebabkan Braga sering menjadi sasaran ejekan orang-orang di sekelilingnya.

Selain dibuli secara lisan oleh mereka yang cemburu, Braga yang juga seorang pelakon dituduh ingin menukar jantina menjadi seorang wanita.

"Ada satu ketika, semasa rambut saya semakin panjang, orang lain mengejek-ejek saya sebagai wanita, rambut penyapu, orang-orang dan mengugut untuk memotong rambut saya kerana mereka kata saya kelihatan hodoh dan pelik," katanya.

Braga menyimpan rambut sehingga sepanjang 2 kaki (kanan) dan gambarnya ketika masih berambut pendek (kiri). Kredit foto: Cristiano Braga

Malah, ada yang memberikannya gelaran 'Rapunzel Jantan' selain Jesus, John Lennon, Jared Leto, Axl Rose, Ariel, Merida dan Little Mermaid.

"Prejudis memang wujud dalam masyarakat kita dan ia mesti ditangani," jelas Braga.

Tentang penjagaan rambut, Braga memberitahu, dia hanya memerlukan masa lima minit untuk mencucinya serta menggunakan minyak semula jadi berasaskan daun lidah buaya, avokado, camomile, pudina dan rosemary.

Mungkin mereka yang memberi gelaran seperti Rapunzel Jantan kepada Braga itu hanya bergurau, namun sebaik-baiknya hormatilah perasaan orang lain. -CARI

3

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tunkoo 28-5-2019 12:18 PM
dah macam pompuan.... agak agak la menyimpan
Quote cupu 28-5-2019 12:19 PM
Nak pjg pun ikat la..ko ingat cantik ke dgn muka pun berbulu mcm tu.
Quote wanokakaka 28-5-2019 12:20 PM
geli jea tgk
Quote Artemesiaa 28-5-2019 12:20 PM
Lagi nampak kemas bila berrambut pendek berbanding bila rambut panjang
Quote lattehazelnut 28-5-2019 12:25 PM
Serius la natural red wavy hair... jelly nye..
Adik i pun curl wavy tapi lelaki.. masa kecik mak i biar pnjg sikit, so ropol2 je rambut dia..
Quote syadq 28-5-2019 12:43 PM
Nampak elok je dia dgn rambut panjang, tapi simpan sampai paras bahu je sudah la.
Quote NmeeraR 28-5-2019 12:44 PM
ha ah la awk.. rambut pendek lagi 100% hokey..
Quote cikatilia 28-5-2019 12:48 PM
alahai
muka berbulu serabut tup2 rambut serabut panjang tak tentu hala
haruslah kena carut
Quote bezita60 28-5-2019 12:50 PM
Combine kiri kanan baru ok. Rambut pjg, clean shaved.

Bajet aquaman letteww.. ahaha
Quote nazzse 28-5-2019 12:56 PM
Lawanya rambut dia..wavy yg cantik..jealous
Quote ikanmasin 28-5-2019 01:05 PM
bidak betul nampak dia berambut panjang tu..
lbh elok rambut pendek nampak kemas lah jg
Quote nononcrux 28-5-2019 01:19 PM
natural ke wavy dia tu
Quote brown_pupil 28-5-2019 01:23 PM
Rambut dia cantik okeh.. bukan jenis ramput panjang hat kepam tu..
Quote matryoshka 28-5-2019 01:23 PM
Lawanye rambut dia.. Panjang berkepuk2 gitu..
Quote paz 28-5-2019 01:25 PM
Lawanya rambut dia. Color pun cun sesuai dengan kulit dia.
Quote Chairman 28-5-2019 01:48 PM
ko mase rambut pendek lg ensem dikkk
Quote Knowlee 28-5-2019 01:50 PM
Posing pun dah senget. But his hair is way much better than mine...
Quote selalulapar 28-5-2019 01:55 PM
cantik rambut dia.
Quote Gingerly 28-5-2019 02:11 PM
Wahh rambut panjang dengan tshirt merah tu sama dah mcm rambut i. But mine cecah punggung. And taklah warna mcm tu. Fefeeling mermaid bela rambut

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.064628 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top