Walaupun sudah tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan, pelakon yang pernah membintangi drama anak pontianak, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul atau lebih mesra dengan sapaan Anju masih lagi dikenali ramai kerana sering dikaitkan dengan kontroversi panas.
Bagaimanapun, semalam sebaliknya pula yang berlaku apabila ramai yang terpukau melihat kecantikan Anju menerusi sekeping foto yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya. Foto yang menunjukkan wajah Anju yang ditata rias kemas dan 'on point' itu berjaya menonjolkan kecantikannya yang selama ini tersorok dek kerana penampilannya terlalu ringkas atau kadangkala sedikit selekeh. "Koyak la kau sorang-sorang," tulis Anju di ruangan kapsyen gambar tersebut seolah-olah mahu mengatakan yang sesiapa yang telah mematahkan hatinya pastinya akan merasa menyesal kerana tidak lagi memilikinya.
Dalam pada itu ramai yang memuji kecantikan wanita kacukan Melayu, Iran dan Scotland ini. Tidak dinafikan yang Anju dikurniakan dengan wajah yang cantik lebih-lebih lagi dia berdarah kacukan. Bagaimanapun, pasti ramai yang bersetuju yang wajahnya jauh lebih manis sebelum dia menyuntik bibirnya dengan 'filler'. Betul tak? -CARI
|
boojaat replied at 27-5-2019 05:08 PM
Apa fungsi dia ni dlm industry?
artcrime replied at 27-5-2019 05:11 PM
memenuhkan lagi sperm2 dalam lubang toilet.
boojaat replied at 27-5-2019 05:12 PM
Ewwwwww..... Selayaknya
miss_perfect replied at 27-5-2019 06:33 PM
Dia ni bapak dia Iranian kan? Untunglah tak dapat hidung orang Iran. Ramai orang Iran hidung tak law ...
Adeakukesah11 replied at 27-5-2019 06:51 PM
Iran ke mat salleh? Duk bangga sebut ‘bapak aku mat salleh’ ‘bapak aku mat salleh’ sana sini
...
ADVERTISEMENT