Baru-baru ini, Sajat tersinggung dengan rakan karibnya Aliff kerana bertindak tidak adil dengan memilih penyanyi Zizi Kirana untuk menggantikan tempatnya dalam menyanyikan lagu raya terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Susulan insiden itu, Aliff Syukri dengan sendirinya datang ke rumah Sajat untuk memohon maaf dan meminta Sajat untuk tidak terlalu mengambil hati mengenai hal itu. "Kau jangan lah marah-marah sangat, benda kecil je pun, orang dah vote, orang dah kata suara kau tak sedap, tak sesuai, kau kena sedar diri Jat, orang tak nak kau," kata Aliff. "Tapi lain kali janganlah memberi harapan, saya dah terlalu berharap sangat," balas Sajat.
"Kau tak payahlah kecoh-kecoh, buat malu je, lagipun suara kau bukan sedap mana pun," kata Aliff lagi.
|
ADVERTISEMENT