Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujung dan tinggal lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi untuk kita menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal berkunjung tiba. Sudah pasti, anda sedang bertungkus lumus dan giat mempersiapkan diri dan keluarga dengan baju raya, kuih raya dan pelbagai lagi. Bak kata orang, rayakan setahun sekali, betul tak?
Selain berkumpul ramai-ramai di kampung yang sudah pastinya meriah dengan sanak saudara, sepupu serta cucu cicit, pasti anda mempunyai pengalaman berdepan dengan kisah seram ini yang sinonim terjadi di pagi raya. Pernah lalui tak? Jom kita tengok senarai perkara dan kisah 'seram' yang sering terjadi di hari lebaran. 1. Dah penat iron tudung, ada orang duduk pula
Dah la ramai orang nak guna seterika, kena beratur tau! Lepas dah 'iron' cantik-cantik, anak saudara tak pun si suami datang duduk pula atas tudung. Aduh, siapa boleh 'relate'? Dah satu hal nak kena beratur untuk seterika tudung. 2. Biskut raya kegemaran tinggal serdak Dah la raya setahun sekali, kuih raya kegemaran tinggal serdak je dalam balang. Huh! Kena tunggu tahun depan baru dapat merasa. Tak pun berharap rumah dikunjungi nanti ada la kuih raya kegemaran itu disediakan. Lain kali sorok sikit kuih tu! 3. Cuba baju raya tiba tiba tak muat! Baju raya dah ditempah sebulan awal lepastu tiba hari raya semangat nak pakai! Tengok-tengok tak muat pula. Allahu, mana datang lebihan lemak di perut ni? Tulah, masa berbuka hentam makanan macam tak makan setahun. Kan dah naik berat badan. Terpaksalah pakai t-shirt di hari raya. 4. Tertinggal baju raya sendiri, adik beradik di rumah Kampung di Kedah, jadi perantau di Johor. Takkan nak patah balik ambil baju raya cantik-cantik yang tertinggal di rumah tu pulak? Adoi, pening lah! Lumrah jadi anak perantau, pastikan barang barang penting untuk hari raya selamat dikemas dan dimasukkan ke dalam beg. Menangis tak berlagu nanti kalau lupa. 5. Nak mandi kena ambil nombor Adatlah kalau ramai orang di rumah, kena berebut bilik mandi. Eloknya diberi keutamaan untuk mereka yang akan menunaikan solat sunat aidilfitri. Kalau tak nak berebut bilik mandi, boleh mandi sesudah subuh. Semua orang nak nampak cantik dan bergaya di pagi raya. Namun, pasti ada perkara yang tidak diingini berlaku di pagi raya di sebalik kekalutan itu. Hadapilah dengan senyuman, raya kan setahun sekali, betul tak? - CARI |
ADVERTISEMENT