Umat Islam sudah memasuki fasa paling di nanti bulan Ramadan iaitu 10 hari-hari terakhir yang telah dijanjikan oleh Allah sebagai salah satu malam dalamnya yang amat bermakna iaitu Lailatul Qadar. Mari kita jadikan hari-hari terakhir ini sebagai pemangkin untuk merubah tabiat dan sikap. Jika 20 hari sebelum ini kita mudah tunduk kepada desakan nafsu selera, masih belum terlambat untuk kita mendidik hati terutama bila berhadapan dengan godaan bazar Ramadan. Tidak semua orang boleh menyediakan juadah sendiri di rumah, ada antara kita yang bergantung kepada bazar untuk mendapatkan makanan. Cubalah 5 tip ini yang mungkin boleh menyelamatkan pahala puasa, kesihatan dan poket kita. 1. Satu gerai pada satu masa Semua orang setuju pilihan makanan terlalu banyak ditawarkan oleh pelbagai gerai dalam satu-satu pasar Ramadham atau Param. Tapi jangan cepat gelabah, kita ada banyak hari dalam bulan Ramadan untuk dilalui. Cuba kawal diri dengan memilih satu atau beberapa jenis makanan dan gerai sahaja setiap hari. Aktiviti ini memerlukan kesabaran dan ketelitian. 2. Awasi bajet anda Jangan bawa satu dompet ke pasar. Ingat, cuba bawa wang yang tidak banyak dan tidak juga sedikit. Contohnya bawa RM10 dalam dompet untuk dibelanjakan dalam satu hari. 3. Cuba lakukan "workout" ketika berkunjung Apa yang dimaksudkan "workout " di sini ialah aktiviti berjalan. Caranya, berjalan menempuh bazar Ramadan dari permulaan gerai hingga ke gerai paling akhir. Buat keputusan membeli apabila anda tamat menempuh setiap gerai. Tahu tak, walaupun berjalan secara iseng-iseng saja anda sudah boleh membakar sehingga 1000 kalori. 4. Jangan asyik melantak, dengar apa tubuh kita mahu 'katakan' Selain menjamu tekak, kita kena juga menjaga kemaslahatan perut. Makanlah secara perlahan ketika berbuka puasa. Jangan gelojoh, nikmati setiap suapan dan kunyahan makanan yang diambil. Apabila sudah berasa kenyang, berhentilah makan atau habiskan makanan yang masih bersisa di pinggan. Jangan tambah nasi pula. Ambil makanan kudapan selepas makan berat hanya jika perut berasa lapar. 5. Makanan manis terbaik sebaik berbuka puasa Kita memang disunatkan memulakan makanan berbuka dengan buah kurma yang manis dan mengandung tinggi zat karbohidrat. Kuih-kuih manis seperti kuih lapis dan seri muka juga sangat sesuai diambil ketika berbuka. Makan secara beringat, kita harus sedar pengambilan gula adalah bertujuan untuk mengembalikan aras glukos dalam darah kita kembali normal. Lazimnya kita akan kehilangan berat badan ketika menjalani ibadah berpuasa tapi tidak kurang juga ramai yang tambah berat badan. Bagaimana caranya supaya tidak bertambah gebu badan? Caranya, cuba makan secara sederhana dan jangan lupa lakukan aktiviti fizikal yang tidak keterlaluan dan cubalah patuh tip di atas. - CARI |
ADVERTISEMENT