CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Hari Raya Dah Nak Dekat. Ini 5 Tip Shopping Raya Yang Wajib Anda Ikut!

28-5-2019 10:23 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 7914| Komen: 64|Original author: Oleh: Mat

Tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadan bakal habis dan pastinya, umat Islam di Malaysia sedang sibuk dalam membeli-belah untuk persiapan Hari Raya kelak. 

Lokasi-lokasi membeli-belah seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Bangi Sentral bakal dipenuhi dengan lautan manusia yang berpusu-pusu ke butik kegemaran mereka.

Sumber Gambar: SAYS
Namun, semasa membeli-belah ini pastikan korang tidak menyusahkan diri sendiri dan pengunjung yang lain. Ikut 5 tips penting ini supaya pengalaman shopping korang jadi lebih seronok!

1. Booking kedai makan awal-awal untuk berbuka

Kita semua tahu shopping raya ni makan masa sampai berjam-jam, ada juga yang sampai satu hari. Apa kata semasa shopping tu, anda booking dulu meja di restoran yang berdekatan. Barulah selesa semasa berbuka nanti dan tiada yang makan di tepi jalan!


2. Jangan bawa stroller!
Ini adalah perkara yang paling wajib korang wajib buat. Jangan bawa stroller dalam lautan manusia! Stroller bakal membuatkan pergerakan pengunjung lain menjadi perlahan dan bakal menambahkan lagi kesesakan. Cuba bayangkan juga anak kecil di stroller yang berada di tengah-tengah lautan manusia. Boleh sesak nafas tu!

Terhadkan penggunaan stroller itu di kawasan yang tidak ramai orang sahaja, barulah selesa nak berjalan dan shopping.

Sumber Gambar: NST

3. Cucuk duit siap-siap
Kalau anda bercadang nak shopping sakan, jangan lupa keluarkan duit siap-siap. Jangan pula dah tiba di tempat shopping baru korang nak keluarkan duit. Kan dah bazir masa tu kena beratur panjang-panjang.

Sumber Gambar: Li Chun Blog

4. Bawa beg sendiri
Kurangkan penggunaan plastik dan sayangilah alam sekitar. Apa kata anda bawa siap-siap dari rumah beg besar yang boleh memuatkan kesemua barang yang dibeli nanti. Nak pegang lama-lama pun tak sakit tangan tu nanti.

5. Tahu saiz baju dan seluar siap-siap
Ini juga salah satu perkara yang dapat menjimatkan masa anda nanti. Daripada anda beratur panjang untuk cuba baju di bilik persalinan, apa kata anda cek dulu siap-siap saiz badan sendiri di rumah. Nanti di kedai boleh la ambil terus baju atau seluar tu!

Sumber Gambar: wikiHow
Dalam berbelanja, jangan pula  boros sangat. Berjimat cermat amalan mulia. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 28-5-2019 10:39 AM
Iols awal2 puasa aritu dh siap2 shopping.. koser dh ujung2 baru nk shopping.. dgn puasanya, panas nya... ramai org.. pastu stok size byk dh habis..
Quote YeSaya191 28-5-2019 11:28 AM
yang bawa stroller tu...


Quote Chairman 28-5-2019 12:45 PM
mmg xdenye nk bawak stroller kalao nk pi tmpt2 sesak...rela dukung je
Quote Artemesiaa 28-5-2019 12:49 PM
Stroller a big no no.  Bukan tempat sesak je tak sesuai untuk membawanya dalam mall pun rasanya macam tak sesuai,  Dah banyak kali kejadian yang tukamg tolak stroller tu menonong je berjalan sibuk pandang barang2 jualan dikanan dan kiri sampai tak perasan dah terlanggar kaki pengunjung lain yang berjalan didepannya.  Juga mereka ni kadang expect orang sentiasa kena bagi mereka jalan dulu hanya kerana mereka tengah tolak stroller.  
Quote ikanmasin 28-5-2019 01:14 PM
dah tau nak g soping.kalau ada anak kecik2 tu tak yah
lah bawa.kesian tau akk tgk.mak bapa sibuk cr baju anak
dah meragam tak selesa tgh ramai org..pastu bawa stroller
dah makan ruang org lain pl.tu jd sesak bagai
Quote keds 28-5-2019 02:38 PM
Tips dia jangan bawa anak kecik & stroller bagai.....kesian budak pergi tempat ramai macma ni.
Quote tagas 28-5-2019 04:01 PM
setel da bersopin sakan di awal remdan

utk elak kesesakan & kehabisan size
Quote potpetpotpet 28-5-2019 04:12 PM
kalau tempat sesak sangat, bukan setakat anak taknak ikut, laki aku pon malas nak ikut.
kosser sangat nak sesak2.
so semua dah settle kan before puasa.
yang mana tak ada, aku order online je.
Quote missinpiece 28-5-2019 06:18 PM
Keluar duit banyak2 tu kena simpan sana sini sikit. Bersesak2 tu adalah yg panjang akal mengintai dompet org nanti.
Iols awal2 dah tempah n beli baju raya. Baru ni ke Mydin Usj nak tangkap sehelai lagi kurung cotton dah hilang dari pandangan. Yg ada baju vouge the vast ngan harga mahai. Lautan manusia Ya Allah.. padahal hari biasa. Tapi cuti skolah da start kan
Quote meisapoya 29-5-2019 07:06 AM
Kasut idaman i dah tak de. Padahal bulan lepas baru new arrival. Hahaaa. Yang lain ala kadar je.. x de beria 2,3 kali keluar shopping. Mall pon 20 minit je masuk untuk bulan puasa ni..
Quote tunkoo 29-5-2019 08:50 AM
no 6. Hati hati dengan penyeluk saku. Nanti menangis tak berlagu
Quote azimodin 29-5-2019 09:27 AM
iouls mmg bukan kaki shopping tapi a few tips untuk memudahkan shopping raya
1. tengok balik baju raya tahun lepas, buat list berapa pasang nak beli & budget total for each person. contoh, untuk anak perempuan iouls tahun ni beli dress 2 pasang, tshirt jalan 2  & 1 skirt. Tanya siap2 kalau tuan punya badan ada jenis2 baju or material yang dorang suka
2. cam kat atas, buat basic measurement. untuk anak2 senang sebab kalau anak badan standard (x overweight or terlebih tinggi) boleh je beli ikut umur. untuk suami contohnya - baju M, seluar 34, kaki seluar panjang xx cm. bawak la measuring tape
3. Set satu hari untuk shopping pakaian je & keluar pagi - kurang orang, kurang peening
4. Biasanya husband i akan bawak anak gi playgym sementara iouls shopping. i snap gambar a few baju or seluar yang ada size & hantar pada husband. dia pilih2
5. Beli la time cashback & rebate. Aeon seelalu buat macam ni. Weekend lepas iouls dapat voucher RM40 lepas shopping kat aeon. baju 3 beranak habis dalam 500. ok la tu dalam 160 sorang.

menggunakan teknik diatas i hanya menghabiskan 2 jam shopping termasuklah masa yang dihabiskan beratur nak bayar.
Quote tantan888 30-5-2019 02:56 PM
tip nombor 3 tu jangan cakap masa shopping je.. sampai hari raya tau... Kang atm habis pulak
Quote zhanmichan 1-6-2019 01:35 PM
Stroller memang x pwrnah bawa, rela lagi pakai baby carrier. Tak delah sesak sangat jalan tu penuh dengan stroller baby je
Quote fencykonng 1-6-2019 01:38 PM
Malas nak bersesak sesak, selalunya memang sebelum raya dah beli, tak delah penat nak berjalan
Quote Bell1314 2-6-2019 07:23 AM
Aq ni suka beli kat online sblm menjelang hari raya sbb sibuk bekerja je dan xde masa nk shopping, bile cuti pon malas nk tunggu trafik yg bersesak ii
Quote Sunflower101 2-6-2019 07:28 AM
Bell1314 replied at 2-6-2019 07:23 AM
Aq ni suka beli kat online sblm menjelang hari raya sbb sibuk bekerja je dan xde masa nk shopping, b ...

Eihh, tau x ni...zaman teknologi yg canggih ni, alat2 teknologi spt telefon pintar dh jadi peralatan utk mengeratkan hbg antara family
Quote Bell1314 2-6-2019 07:34 AM
Sunflower101 replied at 2-6-2019 07:28 AM
Eihh, tau x ni...zaman teknologi yg canggih ni, alat2 teknologi spt telefon pintar dh jadi peralat ...

Tau la tu...org2 tua family aq dh bljr pakai telefon pintar, main games, tgk video, online shopping dan sebagainya supaya x jauh ketinggalan dgn kita ni...
Quote Secret121 2-6-2019 07:40 AM
Bell1314 replied at 2-6-2019 07:34 AM
Tau la tu...org2 tua family aq dh bljr pakai telefon pintar, main games, tgk video, online shoppin ...

Aq ni teringat sebuah video berkaitan atuk tu bljr guna telefon pintar agar dpt berkomunikasi dgn cucunya, usaha gigih org tua mmg perlu kita pelajari, mmg touching video tu

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.302917 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top