Manusia tidak dapat lari daripada nafsu fitrah yang sering menghantui diri.
Foto: Carian Google Di bulan suci Ramadan ini terdapat beberapa kemusykilan tentang perbuatan-perbuatan tertentu. Semua sedia maklum perbuatan bersetubuh antara suami isteri adalah perbuatan yang boleh membatalkan puasa. Namun, mungkin ada segelintir individu yang masih tertanya-tanya sama ada beronani di bulan Ramadan akan menyebabkan puasa kita batal atau tidak?
Foto: Carian Google Menurut majoriti ulama, onani atau masturbasi adalah termasuk pembatal puasa. Hal ini berdasarkan sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam, Allah Taala berfirman, "Orang yang berpuasa itu meninggalkan syahwat, makan dan minumnya." (HR. Bukhari no. 7492). Dan melancap adalah sebahagian daripada nafsu. Imam Nawawi dalam Al Majmu (6: 322) juga berkata, "Jika seseorang mencium atau melakukan penetrasi pada kemaluan isteri dengan kemaluannya atau menyentuh isterinya dengan tangannya sehingga keluar air mani, maka batallah puasanya." Hukum onani baik di siang Ramadan ataupun di luar waktu Ramadan adalah haram, dan perbuatan tersebut dapat membatalkan puasa. Bagi orang yang melakukan hal tersebut wajib baginya untuk bertaubat kepada Allah. - CARI |
natrahn replied at 29-5-2019 11:52 AM
bulan puasa ni antara tujuannya nak didik kita ni kawal nafsu. ... macam mana pulak boleh bernafsu ...
top5complete replied at 29-5-2019 12:31 PM
hahaha lapar sampai bernafsu kot, hahahaaaaaa
top5complete replied at 29-5-2019 12:31 PM
hahaha lapar sampai bernafsu kot, hahahaaaaaa
ADVERTISEMENT