Seronok tengok Lana Nodin kongsi kebahagian dengan anak-anak dan suami. Aktres ini memang selalu muat naik video dan gambar perkembangan anak-anaknya, Gia dan Billy di IG.
Tapi ramai juga pengikutnya kurang senang dengan gambar-gambar Gia yang tak berbaju. Sampai ada yang tanya motif Lana muat naik gambar dan video macam tu. Tak takut ke jadi bahan golongan pedofilia ke soal mereka. Difahamkan bukan sekali gambar Gia berlengeng dimuat naik tapi dah banyak kali.
Ramai yang buat terguran dan Lana membalasnya dengan mengatakan Gia sebenarnya panas dan memang suka tak pakai baju. Apa pun eloklah berhati-hati dalam berkongsi gambar anak-anak selepas ini ya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|