|
Alahai, apa yang Datuk Seri Aliff Syukri dah buat ni, sampai Zizi Kirana pening? Katanya, dipanggil datang untuk merekod lagu, tetapi rupanya kena menjalani uji bakat dulu untuk 'berentap' dengan Sajat. Dalam kemas kini terbaru di Instagram mengenai dua calon terbaik pilihannya, jutawan kosmetik itu meminta orang ramai untuk memilih Zizi atau kawan baiknya, Sajat untuk berduet dalam lagu rayanya nanti.
Zizi bagaimanapun mengakui kepada Media Hiburan bahawa situasi itu mengelirukannya kerana dia tidak dimaklumkan perlu menjalani uji bakat terlebih dahulu. "Yang duet dengan Aliff Syukri tu pun saya pening sebenarnya sebab dia panggil saya untuk record. "Kemudian saya pun setuju sajalah, tapi tiba-tiba ada Sajat pula. Jadi, saya tak tahulah sebab nanti dia yang akan pilih, Saya pun pergi sajalah sebab dah dijemput. "Tak tahulah kalau orang dah pilih Sajat apalah daya diri ini," jelasnya. Katanya, dia dipanggil menerusi pengurusnya selepas Aliff menyenarai pendek calon yang bakal berduet dengannya. "Tiba-tiba Sajat datang untuk menyanyikan bahagoan rap itu juga. "Saya pun tak pasti mana satu yang keluar sama ada saya atau Sajat," katanya yang meminta peminat untuk menantikan saja siapa yang bakal terpilih kerana lagu berkenaan akan dilancarkan dalam dua tiga hari ini. Aduhai, kenapa kalut semacam je ni Aliff Syukri? Macam manalah hasilnya nanti kalau awal-awal lagi dah pening-pening macam ni? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|