CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berhenti Jual Butang Baju Melayu Berlogo PDRM Atau Berdepan Tindakan Undang-undang

24-5-2019 01:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5662| Komen: 20

Tindakan menjual butang baju Melayu tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikenakan tindakan undang-undang.

Memetik laporan Harian Metro, tindakan itu berikutan terdapat butang baju Melayu tertera logo pasukan keselamatan berkenaan dijual secara dalam talian di laman sosial.



Kredit foto: Twitter

Peralatan dan kelengkapan uniform PDRM hanya boleh dijual kepada anggota dengan menunjukkan Kad Sijil Perlantikan, kata Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad.

Selain itu, hanya pegawai Sukarelawan Simpanan Polis (SSP), Polis Bantuan, Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) dan kadet polis sahaja dibenarkan untuk membeli kelengkapan berkenaan.

Penjualan dalam talian menyebabkan kesahihan status pembeli dan kad kuasa PDRM tidak dapat dipastikan selain proses dan butiran jualan tidak dapat dilakukan seperti Buku Daftar Penjualan dan tandatangan resit pembelian.


“Sekiranya perkara ini tidak dicegah dan dikawal, dikhuatiri akan timbul penjualan secara terbuka yang boleh mengundang perlakuan jenayah, penyamaran dan sebagainya,” katanya yang menegaskan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap penjual yang berdegil.

Mana-mana individu atau syarikat yang menjual butang baju Melayu tertera logo PDRM boleh dibatalkan permit perniagaan atau dikenakan tindakan undang-undang. - CARI

Bagus
7

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 24-5-2019 01:55 PM
Suka la pulok akak tengok.
Quote Simunggu 24-5-2019 01:57 PM
nak cari logo DAP pula lah
Quote EvieWanKenobi 24-5-2019 02:28 PM
apa motif guna logo Polis?
Quote nononcrux 24-5-2019 03:02 PM
byk-byk pattern PDRM juga jadi modal..hmm
Quote Artemesiaa 24-5-2019 03:12 PM
Dah tahu bakal jadi isu gigih jugak nak jual logo tu
Quote SWORKS27 24-5-2019 03:23 PM

sebab ada segelintir ummah yang percaya, jika kena tahan polis kalau ada pakai butang baju melayu gitu, kereta ada stiker pdrm walaupun bukan polis, nescaya ianya akan dibebaskan dari azab soal siasat...
Quote EvieWanKenobi 24-5-2019 03:50 PM
SWORKS27 replied at 24-5-2019 03:23 PM
sebab ada segelintir ummah yang percaya, jika kena tahan polis kalau ada pakai butang baju melayu  ...

rubbish betul..
Quote zidane_ziege 24-5-2019 03:53 PM
Banyak lagi logo lain..

Dacing ke..
Quote natrahn 24-5-2019 04:04 PM
macam-macam peten butang baju melayu ye...
Quote ikanmasin 24-5-2019 11:40 PM
dlm byk2 fesyen butang baju melayu yg dijual atau direka...butang baju Melayu tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu jg yg nak dijual yer..kuasa viral sungguh la
Quote Ali_x 26-5-2019 06:25 PM
{:cryrun{:teatime
Quote wirazam 26-5-2019 06:29 PM
puak kapitalis (read: peniaga) kat Malaysia ni...kurang sikit faham kepentingan dan isu2 sensitiviti...

kat overseas..nak photostat satu buku ..mesti tak boleh..acik2 tukang photostat tu akan pandang ko atas bawah he he..
Quote rudd 26-5-2019 08:37 PM
Apa motif penjual ni?
Quote GigaMom 26-5-2019 10:16 PM
Mmg x patut
Tp ctik
Paaatikan yg memakainya hanya jejaka2 gagah k
Quote Ali_x 27-5-2019 11:41 AM
Apahal nk pki butang polis..
Quote lee_sakura 27-5-2019 11:42 AM
ntah brapa juta stok butang baju melayu tu dlm pasaran...
Quote Chairman 28-5-2019 10:48 AM
igt senang2 ke nak jual logo2 rasmi cmni..haihhh
Quote johan-adx 28-5-2019 11:17 AM
semua nk nampak kelainan..thn dpn keluar bentuk pistol plak apa
Quote azradila 28-5-2019 11:20 AM
hahahaha.. nampak mcm pegawai polis ke kalau pakai butang nie??

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.161273 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top