Kisah rumah tangga PU Abu Sufyan memang betul-betul mendapat perhatian sampai ada yang melabelnya sebagai jantan tak guna kerana tergamak menceraikan isteri yang sedang hamil.
Mungkin disebabkan tekanan, bayi dalam kandungan bekas isterinya, Ain 'Afini Latif dikhabarkan terjejas. Bayi berkenaan tidak aktif dan tak bergerak dua hari sebelum kedua-duanya naik mahkamah. Disebabkan itu netizen kebanyakannya menyatakan PU Abu adalah punca segala masalah ini. Namun pendakwah muda berusia 25 tahun ini tampil membela diri. Katanya, bayi tidak aktif bukan disebabkan dirinya, sebaliknya kerana kecaman dan kritikan daripada netizen sendiri.
"Saya direct PM dengan Ain dan dia sebut bukan disebabakan saya, tapi stress dengan netizen. Keluarga Ain juga memaklumkan dia perlukan rehat dan tak boleh stress," jelasnya kepada mStar Online. "Baby tak aktif itu perkara biasa yang berlaku dalam kalangan ibu-ibu hamil. Cuma apa yang berlaku bukanlah disebabkan saya 'bantai' dia untuk naik court. Sebaliknya kecaman netizen terhadap dia." Disebakan isu curang ini, PU Abu mengakui yang ia menjejaskan hubungan dengan keluarga malah turut disisih oleh teman rapatnya sendiri. "Kalau dah namanya manusia, mereka ada pandangan berbeza. Saya tak salahkan mereka pun, saya faham mereka bertindak berdasarkan apa yang mereka dengar dan nampak. "Saya anggap segala kritikan dan kecaman untuk membuatkan saya menjadi orang yang lebih baik." Eloklah tu, harap-harap lepas ni jangan buat hal lagi lah ya. -CARI
|
ADVERTISEMENT