Seorang doktor tersalah melakukan pembedahan hernia terhadapa pesakit kanak-kanak yang sebenarnya mengalami masalah ketumbuhan pada saluran pernafasan.
India Today melaporkan, kejadian tersebut berpunca apabila doktor keliru dengan nama dua pesakit yang hampir sama di sebuah hospital di bandar Manjeri, India. Selasa lepas, Mohammed Danis, 7 dibawa ke bilik bedah untuk membunagn polip pada hidungnya namun parutnya pula yang dibedah. Menurut sumber, pesakit bernama Dhanush adalah orang yang sepatutnya menjalani pembedahan hernia berkenaan. Sementara itu Menteri Kesihatan Negeri, KK Shylaja telah mengaraghkan siasatan terhadap doktor yang dikenali sebagai A Suresh Kumar itu.
"Pesakit tidak seharusnya menderita sakit kerana kesilapan dan kecuaian kakitangan hospital." -CARI
|
ADVERTISEMENT